BAB 3 : ARTIS: PERSEDIAAN UNTUK DIURUS
Apabila sampai ketikanya, seorang artis merasakan ingin
meningkatkan matlamat kerjayanya.Persoalannya, bilakah seseorang artis perlu mendapatkan
perkhidmatan pengurusan? Artis perlu mendapatkan seorang pengurus apabila
mereka bersedia untuk menjadi artis komersial, terutama apabila mendapat banyak
tawaran yang diterima.Sesetengah artis akan terus menandatangani kontrak yang
mungkin menyebabkan mereka kerugian. Hal ini tidak akan terjadi sekiranya
mereka mempunyai seorang pengurus yang boleh membimbing/menasihati mereka dalam
perkara ini. Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan seperti
yang berikut :-
A) Menjadi Kormesial
- Kerjaya ini bukan hanya mempersembahkan seni muzik – perlu jadi sebahagian daripada industri muzik itu sendiri.
- Artis komersial- semua penulisan, persembahan, dan rakaman muzik adalah untuk mendapatkan keuntungan.
* Pengurus tidak berminat untuk bekerja dengan seorang artis, melainkan artis itu boleh menjana keuntungan dalam perniagaan muzik.
* Artis yang bagus dan unik dengan cara mereka sendiri, mempunyai potensi untuk lebih komersial dan peluang akan datang tanpa diduga.
- FINAS dibawah KKMM contohnya berperanan mengkomersialkan karya artis tempatan.
- Sebagai badan perfileman yang ditubuhkan untuk "menggalak, memelihara dan memudahkan" pembangunan industri perfileman tempatan.
- FINAS menumpukan seluruh usaha dan fokus bagi memastikan Dasar Perfileman Negara (DFN) yang diluluskan Jemaah Menteri dalam tahun 2005 diberi perhatian sewajarnya.
B) Memahami Bakat dan Keupayaan Seni
Mengetahui Adakah Anda Seorang yang Artistik
- Apakah jenis muzik/filem/bakat yang mereka pilih dan lakukan?
- Jika artis menggambarkan muzik beliau sebagai “dipengaruhi dari muzik tertentu”, ia menunjukkan bahawa artis itu masih cuba untuk mencari tempat dalam pasaran komersial dan bahawa ia mungkin terlalu awal mendapat pengurusan, rakaman, atau kontrak penerbitan.
- Jika artis menggambarkan “muzik saya adalah muzik alternatif menggunakan lirik menarik dengan memberi impak yang hebat ketika persembahan terutamanya kepada penonton yang muda”, ia menunjukkan bahawa artis tersebut telah menetapkan muzik beliau, memahami jenis penonton, dan tahu untuk menarik minat pendengar muda- golongan sasaran.
- Identiti tersendiri.
Memasarkan Bakat
- Perlu tahu di mana bakat perlu diletakkan dan bagaimana untuk memasarkan bakat agar dapat mengikuti peredaran masa.
- Bagaimana mahu memperluaskan ruang pasaran dan mempertingkatkan ekonomi industri seni dan menyampaikan kandungan kreatif mereka.
- Mengantarabangsakan keberkesanan serta daya saing industri seni dan kandungan kreatif agar dipandang hebat di mata dunia.
- Mempertingkatkan modal insan serta memperkasakan pemikiran generasi muda, komuniti industri seni, dan masyarakat umum.
- Mempertingkatkan proses pemasaran kandungan tempatan ke luar negara.
- Menyediakan perkhidmatan, kemudahan, galakan, sokongan yg berkesan.
- Memupuk budaya menonton hasil karya seni artis Malaysia / penontonan filem tempatan. (Cintai, sayangi dan lindungi karya seni artis Malaysia).
@Perlu mengetahui agensi yang terbabit seperti :
@Perlu terlibat dalam persatuan. 10 di bawah bernaung bawah GAFIM (Gabungan Persatuan
Karyawan Malaysia).
Karyawan Malaysia).
- FDAM --- Persatuan Sutradara Malaysia
- SGM --- Persatuan Penulis Skrip Malaysia
- KARYAWAN --- Persatuan Karyawan Malaysia
- SENIMAN --- Persatuan Seniman Malaysia
- PROFIMA --- Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia
- PTVM --- Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia
- PFM --- Persatuan Penerbit Filem Malaysia
- ENYIAR --- Persatuan Penyiar Kebangsaan Malaysia
- AMCA --- Persatuan Artis Cina Malaysia
- MIEWA --- Persatuan Kebajikan Penghibur India Malaysia
- POSTAM --- Persatuan Pos-Produksi dan Animasi Malaysia
- ECM --- Persatuan Penyunting Malaysia
- MySC --- Persatuan Sinematografer Malaysia
- Persatuan Artis Veteran.
C) Memperoleh Pengalaman
- Melakukan persembahan secara langsung sangat membantu untuk memperbaiki dan membina karakter seseorang penghibur.
- Di kelab-kelab, di depan rakan-rakan, keluarga, dan peminat-peminat boleh membantu artis-artis membangunkan diri masing-masing.
- Mencuba idea baru & melihat muzik sebagai penghubung kepada penonton serta dapat mengetahui apa yang perlu dielakkan semasa persembahan.
- Rakan-rakan dan keluarga perlu menyokong dan memberi maklum balas pada persembahan yang dibuat supaya dapat meningkatkan prestasi artis tersebut.
- Membuat demo rakaman boleh membina keyakinan seseorang artis.
- Keyakinan yang ada itulah menjadi keutamaan apabila seseorang pengurus itu ingin mencari artis.
- Artis juga tidak boleh menjadi terlalu sombong sekiranya telah berjaya kelak.
D) Membina Rangkaian Hubungan
- Rangkaian hubungan dalam terma ini ialah golongan
penyokong yang kerap berkomunikasi dengan artis tentang muzik mereka.
- Penyokong artis adalah nadi kepada rangkaian hubungan
ini.
- Artis biasanya menghantar emel kepada peminat untuk
mengumumkan muzik baru atau tarikh dan lokasi persembahan akan datang.
- Mereka juga berkomunikasi melalui kumpulan maya (e-group)
untuk mempromosikan diri dan muzik mereka seperti perkhidmatan mikro-blogging
seperti Twitter, dengan membuat pengumuman terkini ke laman-laman rangkaian sosial.
- Komunikasi yang berterusan tentang artis ini dapat
memastikan peminat kerap melayari laman web artis, dan dapat terus berhubung
dengan artis yang mereka minati.
- Juga untuk artis mendapat tahu mana-mana individu atau
syarikat yang menawarkan perkhidmatan untuk menyokong kerjaya artis dan juga
menjadi penaja dan secara tidak langsung dapat menaikkan kerjaya artis ke tahap
yang seterusnya.
- Jika ada individu berpotensi tersebut, mereka perlu
dijemput untuk persembahan artis dan perlu menerima semua maklumat tentang
aktiviti artis tersebut.
- Ini adalah penting untuk seseorang artis itu boleh
berkembang kerana setiap aktiviti artis sebenarnya sentiasa memerlukan
kewangan.
- Ini boleh membantu pengurus untuk mudah mencari dana
dalam membangunkan artis selain daripada sumber-sumber sokongan kewangan lain
untuk artis baru seperti simpanan, keluarga, pinjaman, dan penajaan.
Apabila seorang artis memasuki industri karya seni mereka
perlulah sentiasa melihat peluang yang ada dan sentiasa mengikut peredaran
teknologi moden karya seni yang ada. Jika mereka bergerak seiring dengan
kemajuan teknologi maka mereka akan memperoleh peluang yang banyak.
- Seperti contoh peluang yang kian mendapat tempat sekarang
adalah animasi 3D yang dihasilkan oleh penggiat seni di Malaysia ini, maka
hasilnya animasi kian popular dan membuka peluang kepada penggiat seni lain
memasarkan produk seni mereka malah ada yang sudah mengkomersialkan kepada
peringkat antarabangsa.
- Rangkaian yang dibina oleh penggiat seni ini membuahkan
hasil kepada industri karya seni dengan cepat dan maju sekali.
E) Menjadi Profesional
Artis bukan tidak boleh bebas untuk berkarya dan
berseronok, tetapi setiap artis perlu mendapat tanggapan bagus daripada masyarakat
atau peminat.
- Artis perlu bersedia untuk menyampaikan persembahan terbaik.
- Laman web dan rangkaian sosial artis bersifat profesionalisme.
- Penggunaan media baru- mesej, status, gambar, dll yang professional
F) Bersedia Untuk Pengurusan
Sesi temubual artis dengan bakal pengurus. Sebab-sebab mengapa pengurus perlu menilai artis sebelum
menawarkan pengurusan kepada mereka:
- Pengurus ingin mengetahui berapa banyak aset yang boleh dicapai oleh artis yang berpotensi.
- Mengetahui adakah seorang artis itu telah bersedia dan berkeyakinan untuk menceburi bidang muzik.
- Mengetahui dari segi manakah seseorang artis itu rasa berpeluang untuk memajukan kariernya.
- Pengurus ingin melihat sejauh mana keinginan artis tersebut dalam karier dan adakah keinginannya itu realistik.
- Dapat mengetahui kelebihan artis itu, dan dapat juga mengetahui matlamat kerjaya mereka.
- Mengetahui kematangan emosi artis.
G) Etika dan Nilai Murni
1. Amanah
- Menggunakan masa dengan efisien dan efektif.
- Membelanjakan mengikut bajet yang ditetapkan.
- Tidak melakukan penipuan, penyelewenan, dan rasuah.
- Menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan.
- Tidak melakukan kerja-kerja peribadi dengan berselindung kerja-kerja rasmi.
2. Bersih
- Mengawalkan sikap saling membantu dengan rakan-rakan artis.
- Memelihara rupadiri dengan pakaian yang kemas dan sopan.
- Menggunakan tutur kata dengan teratur dan bersopan santun.
- Menjauhkan diri dari sebarang perlakuan yang keji dan jenayah.
3. Berdedikasi
- Melaksanakan kerja tanpa mengharapkan upah, ganjaran dan puji-pujian.
- Melaksanakan setiap tugasan dengan cepat ,berkesan, dan berkualiti.
- Bersedia menerima nasihat, teguran dan tunjuk ajar.
4. Berdisiplin
- Patuh dan taat kepada peraturan dan arahan.
- Berpegang teguh dalam ajaran agama.
- Sentiasa menjaga imej dan maruah diri.
- Menghasilkan kerja yang cemerlang.
5. Bertanggungjawab
- Melaksanakan kerja dengan bersungguh-sungguh dan sempurna.
- Merasa bersalah apabila tidak sempurnakan tugas mengikut tahap piawaian.
- Menjaga maruah agama dan keluarga.
6. Berilmu
- Memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang yang relevan.
- Bertindak berasaskan ilmu dalam semua aspek kehidupan.
- Berusaha mencari ilmu dan fikiran seperti yang dituntut oleh agama.
- Bersedia mengikut seminar, kursus, perbincangan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan.
No comments:
Post a Comment