Friday, 21 October 2016

ASIAN YOUTH INDIE FILM FESTIVAL GALA NIGHT 2016 (AYIFF 2016)


Asian Youth Indie Film Festival (AYIFF) 2016 merupakan platform asas untuk penggiat-penggiat seni muda mengetengahkan bakat dan hasil kerja mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Objektif utama AYIFF diadakan adalah untuk mengiktiraf dan menghargai bakat, idea serta kualiti kerja artis muda dalam penghasilan filem indie. Program yang berlangsung selama tiga  hari tersebut telah memasuki musim kedua diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok Kedah yang menyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti lain seperti Nikon Workshop, Tayangan Perdana Drama Wau Kasih, Soundtrack Production Workshop, Creative Economy Seminar, Visual Effect Workshop, Seminar daripada Astro dan program terakhir adalah AYIFF Gala Night. AYIFF 2016 mengkategorikan pelbagai anugerah antaranya adalah  Best Public Service Annoucement, Promosing Young Minds, Best Music Video, Best Documentary Film, Best Narrative Film, Non Asia Award, Special Jury Award, Anugerah Ikon Aktor, Anugerah Ikon Pengarah dan Anugerah Best of The Best besesuai dengan tema AYIFF 2016 pada kali ini adalah “Cultivating Youth Creativity” untuk mencari lebih ramai bakat-bakat muda di dalam dan di luar negara. AYIFF 2016 juga merupakan anjuran bersama dua fakulti iaitu School of Creative Industry and Performing Art (SCIMPA) dan School of Multimedia and Technology (SMMTC) yang telah bekerjasama melancarkan segala perjalanan program di bawah arahan Penagarah Program iaitu Dr Izdwan Bin Yaakob dan turut dibantu oleh beberapa orang pensyarah lain. Sebagai tambahan juga, Malam Gala AYIFF 2016 ini juga turut mendapat kerjasama dengan pihak Astro selaku penyiar rakaman Malam Gala tersebut yang akan disiarkan di saluran Astro kelak.

Malam Gala AYIFF2016 telah dirasmikan oleh Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi serta diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UUM, Dato’ Seri Mustafa Ishak dan tetamu-tetamu terhormat yang lain. Majlis pada malam itu juga turut diserikan lagi dengan kehadiran artis-artis popular tanah air seperti Syamsul Yusof, Mawi, Jaclyn Victor, Zahid AF, Farhan AF, Maulana AF, Jay Jay, Fizo Omar, Afiq Muiz, Aishah Ilyas, Aisha Azman, Kausar dan ramai lagi. Para artis turut mempersembahkan persembahan yang mantap serta menghiburkan para tetamu yang hadir, di samping menjadi penyampai anugerah-anugerah pada malam tersebut. Berikut merupakan tentatif program yang diadakan selama 3 hari bermula dari 5 hingga 7 Oktober 2016.




Laporan Aktiviti

Tugasan:-

Bagi melancarkan program AYIFF 2016, para pelajar kelas kami iaitu Pengurusan Artis telah diberi tugas dan tanggungjawab untuk membantu melaksanakan program tersebut. Tugasan telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu pengiring artis dan bertugas di belakang pentas dan dibelakang tabir (Runner). Para pengiring artis mempunyai tugasan yang agak mencabar kerana beberapa orang daripada mereka perlu menyambut artis iringan mereka di lapangan terbang di mana mereka pergi mengginakan pengangkutan yang telah disediakan oleh pihak universiti dan perlu memantau keadaan, jadual dan keperluan artis tersebut. Walau bagaimanapun, tugasan di belakang tabir juga tidak kurang mencabar juga kerana kami perlu memastikan segala keperluan sebelum Malam Gala bermula disediakan secukupnya supaya majlis akan berjalan dengan lancar. Saya bersama tiga orang rakan-rakan yang lain telah di beri tugasan di belakang pentas  untuk menguruskan hadiah seperti piala dan sijil untuk para pemenang. 

Pada malam AYIFF 2016 tersebut terdapat 9 kategori yang dipertandingkan maka kami perlu menjaga piala dan sijil tersebut pada petang sebelum Malam Gala berlangsung. Tugasan menjaga hadiah ini amatlah penting kerana kami perlu memastikan piala dan sijil yang disediakan cukup, diberikan kepada pemenang yang betul dan menjaga hadiah tersebut pada setiap masa untuk mengelakkan masalah seperti hadiah hilang atau berlaku kecuaian seperti piala rosak dan sebagainya. Pada Malam Gala tersebut, kami yang menjaga piala dan sijil dibahagikan kepada dua tugasan di mana 2 orang perlu bersedia menyiapkan hadiah untuk diberikan kepada penyampai hadiah di atas pentas manakala saya sendiri perlu bersedia untuk memberikan beg (bekas hadiah) kepada para pemenang. Semasa memberi bekas hadiah kepada pemenang, saya perlu mencari pemenang setelah mereka turun daripada pentas dan setelah pemenang berasa tenang dari perasaan gemuruh. Situasi seperti pemenang pulang awal selepas mengambil hadiah merupakan antara cabaran yang saya hadapi untuk memastikan beg hadiah tersebut dapat diberikan kepada para pemenang. Walau bagaimanapun, segala tugasan dapat diselesaikan dengan baik setelah majlis berakhir dan para pemenang telah mendapat hadiah kemenangan masing-masing.

Gambar-gambar semasa majlis pembukaan sehingga penutup Malam Gala AYIFF 2016.

Opening Ceremony
   

Soundtrack Workshop

Tayangan Perdana Wau Kasih
      
Nikon Workshop

                           



Persiapan Pentas

           
   
              

             


      



Piala & Sijil Pemenang

          

  

     

    



Team Di  Belakang Tabir

   





Para Artis Jemputan














No comments:

Post a Comment