BAB 2 : PENGURUS : PERSIAPAN UNTUK MENGURUS
Pengurus artis memerlukan pemahaman asas keseluruhan
industri muzik. Tanpa pemahaman begini, pengurus tidak akan tahu tentang
peluang yang ada dan mungkin terlepas pada pihak lain.Mendapatkan ijazah dalam
pengurusan perniagaan adalah sangat berguna terutamanya yang menekankan tentang
aspek pemasaran, pengurusan jenama dan kemahiran menjalankan perniagaan. pengurus artis mesti haruslah menyimpan reputasi kerja yang baik daripada pelanggan yang artis berikan seperti persembahan pentas atau konsert. Berikut merupakan keperibadian yang perlu ada pada seorang pengurus artis:-
Membuat Keputusan
- Membuat keputusan tentang kerjaya seorang artis mempunyai kaitan dengan:
- Keputusan adalah lebih mudah untuk mengatakannya daripada melakukan.
- Memerlukan sifat profesionalisme untuk melangkah jauh dari strategi standard yang telah digunakan pada masa lalu
- Beberapa keputusan boleh dibuat berdasarkan kriteria atau pengalaman tertentu, tetapi sesekali pengurus perlu bergantung kepada perasaan dalaman/naluri untuk membuat sesuatu keputusan.
Mengurus Tekanan
- Tekanan datang apabila pengurus bermula mempromosikan kerjaya artis.
- Menghadapi tekanan berterusan untuk merancang dan mencuba alternati.
- Pengurus mesti sentiasa bersedia untuk bertindak balas Perlu mengimbangi kehidupan peribadi dengan kerja sebagai pengurus.
Mengurus Isu
- Ramai pengurus artis adalah mempunyai reputasi yang rendah dan jarang disebut di dalam akhbar/ majalah.
- Reputasi ini penting kerana pengurus boleh menaikkan hubungan awam mereka dalam industri hiburan.
- Hasil rangkaian kenalan mesti kekal aktif.
- Boleh menghadiri acara bersama pihak industri, acara-acara hiburan, konvensyen, dan peluang-peluang lain
Bersifat Profesional
- Selain membimbing dan menguruskan artis, pengurus juga harus merancang untuk masa peribadinya sendiri.
- belajar untuk meletakkan tekanan dalam perspektif, bersikap profesional bukan emosional.
Asas Pengurusan Kreatif
Pemahaman Kuasa Dalam Perniagaan
- Perlu memahami di mana kuasa dibentuk, yang mempunyai dan bagaimana ia diperoleh.
- Titik permulaan yang baik adalah melihat di mana kuasa sebenar tinggal.
- Persahabatan dalam bidang muzik adalah sama seperti mereka dalam dunia politik.
Kuasa Dalam Perniagaan
- Kuasa dalam bidang muzik datang daripada :
- wang yang diperolehi
- keupayaan untuk mendapatkan wang
- wang untuk mempengaruhi keputusan. Sebagai contoh : Keupayaan syarikat besar untuk mempengaruhi sesiapa yang dicalonkan, yang menang, dan yang membuat persembahan dalam anugerah muzik. Artis yang terpilih untuk membuat persembahan dalam anugerah akan mendapat pulangan jangka pendek dalam jualan album/lagu mereka
2. Access (Peluang Masuk)
- Penting bagi orang yang memiliki akses.
- Sesiapa capai tahap ini boleh membuat keputusan, dan mempengaruhi orang lain yang tiada kuasa.
- Ejen tempahan ada kuasa access dapat memberi artis satu peluang untuk promosi.
- Pengaturcara radio mempunyai kuasa untuk memberi artis satu access untuk mempromosikan muzik kepada penonton mereka.
- Penerbit menggunakan kuasa access mereka untuk memberi bantuan kepada perniagaan mereka.
3. Kejayaan Terkini
- Kejayaan artis boleh menjana peluang-peluang baru kepada artis kerana semua individu berminat akan berlumba-lumba mendapatkan artis tersebut.
- Penerbit meminta lagu dari pencipta dan penulis lirik, promoter konsert mencari ejen artis, dan artis mungkin dapat menyambung semula kontrak untuk mendapat terma/faedah yang lebih baik.
4. Kumpulan Kerja
- Orang yang telah berkerjaya lama dalam perniagaan muzik telah membina sejumlah besar kejayaan.
- Mereka mempunyai "rahsia" kejayaan dalam industri.
- Mereka sering diminta untuk membantu mereka.
- Mereka boleh memberi nasihat, menjadi rakan kongsi, dan menjadi mentor.
Pengurus Sebagai Usahawan
Ø individu yang mempunyai pandangan bagi suatu
perniagaan baru atau idea baru untuk menjadi berjaya adalah seorang usahawan.
Ø Unsur
“idea baru” untuk menjadikan dirinya
lain dari yang lain/ atau unik.
Ø Bersedia mengambil risiko.
ØPengurus artis merupakan usahawan yang
ØPengurus artis merupakan usahawan yang
- memahami perniagaan muzik .
- bersedia untuk membuat pelaburan.
- bersedia untuk mengambil semua risiko kegagalan yang mungkin––tetapi akan mendapat kejayaan.
Ø Sumber
kewangan yang diperlukan untuk membangunkan dan mengekalkan satu syarikat
pengurusan artis baru adalah:
- Besar.
- Keberanian untuk menerima risiko.
No comments:
Post a Comment