Wednesday, 26 October 2016

BAB 4: PENGURUSAN KONTRAK (BAHAGIAN 1)


"kontrak adalah perjanjian sukarela, sengaja dan terikat di sisi undang-undang antara dua pihak atau lebih dengan niat mewujudkan kewajipan / pertanggungjawaban."



  •  Kontrak biasanya ditulis tetapi ada juga dalam bentuk percakapan atau tersirat, dan secara amnya mempunyai kaitan dengan pekerjaan, penjualan, pajakan, atau penyewaan.
  • Kontrak pengurusan artis bermaksud perjanjian yang dimeterai/rasmi dalam kontrak bagi artis dan pengurus yang sedia untuk bekerjasama dan memulakan perniagaan mereka.
  • Kontrak perlu disediakan untuk melindungi kepentingan di antara kedua-dua pihak.
  • Kontrak juga berlaku untuk sesuatu pekerjaan/projek kepada artis dan penganjur





Definisi Kontrak 


  • Satu kontrak adalah janji yang sah dari segi undang-undang atau akujanji bahawa sesuatu yang akan atau tidak akan berlaku.
  • Pihak yang terilbat dalam kontrak perlu memahami kontrak yang wujud.
  • Dokumen kontrak boleh disediakan oleh peguam.
  • Apabila seseorang artis itu bersetuju dengan kontrak, dia akan terikat kepada dirinya dan kemahirannya.
  • Adalah penting untuk mengetahui bagaimana untuk merundingkan kontrak bagi mendapatkan bayaran yang adil dan menetapkan kerja yang betul.
  • Nilai amanah boleh menjadi aspek paling penting dalam perlaksanaan sesuatu kontrak itu.


Rundingan Kontrak


  • Rundingan adalah penting bagi menjamin pengiraan yang adil dan saksama kepada setiap pihak.
  • Dalam kes ini kedua-dua pihak mestilah menggunakan peguam yang berasingan agar tidak mewujudkan konflik kepentingan.

Objektif Rundingan Kontrak 

Rundingan boleh menilai kontrak mengenai perkara berikut:

  • Menerangkan dengan jelas atas semua pra-syarat, terma, dan syarat.
  • Pampasan dinyatakan dengan jelas: 
         - Jumlah kos, Jadual pembayaran, Terma pembiayaan.
         - Tarikh berkuatkuasa, tarikh siap/ tamat, tarikh untuk pembaharuan.
         - Mengenalpasti dan menangani potensi risiko dan liabiliti.
         - Takrifkan dan menetapkan jangkaan yang munasabah untuk hubungan ini masa kini dan masa                 hadapan.

Strategi Perancangan Rundingan Kontrak

  • Senaraikan keutamaan bersama-sama dengan alternatif.
  • Membezakan antara apa yang perlu dan apa yang dimahukan.
  • Tentukan mana-mana had masa dan penanda aras.
  • Menilai liabiliti potensi dan risiko.
  • Kerahsiaan, bukan bersaing, penyelesaian pertikaian, perubahan dalam keperluan akan datang.


Tempoh Kontrak 

  • 2 jenis:

       - Jangka pendek (biasanya 3 tahun atau kurang)
      - Jangka panjang (melebihi 3 tahun)

  • Penentukan tempoh kontrak:
         - Akan bergantung kepada peguam yang memberi nasihat.
       - Tempoh kontrak juga ditentukan dengan bilangan album tertentu.

  • Biasanya artis memilih tempoh tiga tahun untuk kontrak dan mempunyai pilihan untuk melanjutkan kontrak sehingga 2 atau 4 tahun lagi.
  • Notis dua minggu adalah wajib apabila pengurus ingin menamatkan perkhidmatannya.
  • Dari perspektif artis, kontrak jangka pendek menyediakan dasar keselamatan untuk menamatkan hubungan dengan pengurus yang tidak berfungsi.


Perkhidmatan Pengurus Kepada Artis

  • Merupakan spesifikasi kerja pengurus.
  • Menerangkan bagaimana pengurus melakukan apa-apa yang munasabah sebagai seorang pengurus artis dengan mengambilkira perubahan pesat teknologi dan model perniagaan.
  • Di seksyen ini juga menjelaskan tugas pengurus kepada artis.
  • Pengurus tidak wajib mencari, mendapatkan sebarang pekerjaan atau tugasan untuk artis, tetapi ejen tempahan artis yang bertanggungjawab mencari dan pengurus akan membuat pengesahan.
  • Secara spesifiknya, pengurus bertanggungjawab memberi nasihat tentang:
         - Semua fasa kerjaya artis dalam industri hiburan     
         - Kesesuaian rekabentuk muzik dan persembahan langsung       
         - Publisiti, perhubungan awa
         - Agensi tempahan dan bakat/individu yang bekerja bagi pihak artis                           
         - Pemilihan ahli kumpulan pasukan artis seperti peguam, pengurus pernigaan, akauntan,                            wartawan/jurnalis, dan webmaster.


Hak-hak Eksekutif ( Exclusivity)


  • Seorang artis hanya boleh mempunyai satu pengurus (seperti yang ditandatangani dalam kontrak).
  • Tetapi pengurus boleh mempunyai ramai artis dibawah pengurusannya. 
          - Pengurus perlu menjadualkan masa mereka untuk memberi perkhidmatan kepada artis-artis                     tersebut.
          - Artis di bawah naungannya terdiri dari pelbagai peringkat pengalaman (baru, pertengahan,                     lama)
          - Ini merupakan “non-exclusivity







Kuasa Peguam



  • Wakil yang diberi kuasa dalam dokumen kontrak ini adalah peguam.
  • Dia mempunyai kuasa undang-undang untuk menandatangani dokumen dan membuat komitmen kontrak bagi pihak orang lain.
  • Kuasa peguam boleh membenarkan pengurus untuk :
          - Menandatangani kontrak untuk persembahan dan penampilan di  televisyen dan dalam                           pengiklanan dan perfileman.
          - Mengesah cek, deposit wang dan bayar gaji pekerja.
          - Mengambil dan memecat ahli-ahli pasukan artis.  
          - Meluluskan penggunaan jenama atau suara artis untuk periklanan, barangan, dan nada dering.
 

Pembayaran Perkhidmatan Pengurus

  • Komisen bagi pengurus artis biasanya dibayar berdasarkan pendapatan kasar artis.
  • Biasanya 15% tetapi boleh setinggi 25% untuk artis baru dan serendah 10% untuk artis lama.
  • Pengurus artis boleh bersetuju untuk menjadi pengarah kerjaya sambilan untuk artis.
  • Penting untuk kedua-dua pihak mempunyai perbincangan bukan hanya berdasarkan hubungan persahabatan dan saling mempercayai.


Pendapatan Selepas Tempoh Kontrak

  • Klausa “blackout date” diperlukan untuk menjamin faedah eksklusif pengurus artis selepas tamat kontrak.
  • Ia merujuk kepada masa selepas kontrak berakhir di mana pengurus artis akan mendapat komisen untuk kerja-kerja yang sudah dirancang di bawah kontrak tersebut.
  • Perlu merangkumi peruntukan khas tentang bagaimana royalti daripada penulisan lagu, rakaman, dan pelesenan khas akan dikendalikan apabila kontrak berakhir.
  • Contohnya: 10% selepas 6 bulan pertama, 5% selepas 6 bulan kedua, dan tamat selepas setahun.
  • Klausa ini juga penting dalam peristiwa kematian artis.

Perbelanjaan Pengurus

  • Bahagian kontrak yang menjelaskan tentang perbelanjaan dan pampasan bagi perkhidmatan adalah sangat penting.
  • Pengurus artis dan artis harus jelas tentang syarat-syarat yang berkaitan isu wang.
  • Perbelanjaan biasanya tidak termasuk sewa pejabat untuk pengurus atau kos lain seperti tiket penerbangan untuk tujuan tugasan.
  • Bagi pengurus artis yang membuat caj berlebihan untuk perbelanjaan peribadi akan dikenakan tindakan undang-undang seperti pampasan atau penjara.  

Perjanjian Dengan Orang Bawah Umur

  • Mereka yang di bawah 18 tahun tidak bertanggungjawab atas kontrak yang ditandatangani (mengikut umur majoriti).
  • Menamatkan kontrak tidak akan mempunyai kesan kepada mereka.
  • Undang-undang Tennessee membenarkan seorang artis berumur 18 tahun dan ke bawah tandatangan kontrak dengan individu atau syarikat dan diluluskan oleh hakim.

Bahagian-bahagian Lain

  • Pembelian insurans adalah penting bagi menjamin kepentingan masing-masing.
  • Pengurus tidak dibenarkan menetapkan tanggungjawab perjanjian untuk sesiapa bagi memperolehi aset syarikat.
  • Pertimbangan adalah satu cara untuk menyelesai pertikaian yang boleh minimakan kos guaman.
  • Perubahan kontrak di antara pengurus dengan artis mestilah membuat perjanjian secara bertulis.
  • Pengurus harus mempunyai pilihan untuk menamatkan hubungan pengurusan dalam tempoh 30 hari.

Dokumen Kontrak

  • Dokumen ini merupakan komponen utama kontrak pengurusan artis.
  • Dasarnya adalah bahawa artis dan pengurus perlu menggunakan peguam untuk merangka kontrak mereka.






Akta Kontrak Malaysia (1950)


  • Kebanyakan undang-undang di Malaysia termasuk undang-undang kontrak adalah dipengaruhi oleh common-law Inggeris.
  • Undang-undang kontrak di Malaysia turut mengariskan keperluan yang perlu wujud dalam sesuatu kontrak.
  • Prinsip asas dalam undang- undang kontrak adalah bagi satu kontrak itu wujud, maka perlu wujud perjanjian yang SAH dan boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang terlebih dahulu.
  • Untuk sesuatu kontrak itu menjadi sah dan boleh dikuatkuasakan udang-undang, elemen-elemen tertentu perlu dipenuhi. Elemen-elemen tersebut adalah:-
         - Tawaran (offer)
         - Penerimaan (acceptance of the offer)
         - Niat (Intention to create legal relation).
         - Balasan (Consideration).
         - Kepastian/Ketentuan
         - Keupayaan

  • Ketiadaan elemen-elemen ini akan mengakibatkan sesuatu kontrak itu tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan. 
  •  Contoh:    
-           - Sesuatu kontrak yang dimasuki oleh kanak-kanak berusia 13 tahun adalah tidak sah kerana                     kanak-kanak itu tidak mempunyai keupayaan dari segi undang- undang untuk memasuki                   kontrak.

        - Satu kontrak dengan perjanjian tanpa balasan adalah batal.

  • Dalam menentukan kewujudan dan kesahan sesuatu kontrak, biasanya kita lihat dulu samada wujudnya PERJANJIAN (Agreement) yang boleh dikuatkuasakan undang-undang (legally enforceable).
  •  Boleh simpulkan bahawa:-
         - Sebelum wujudnya satu kontrak, perlu adanya satu perjanjian;

       - Perjanjian itu hendaklah di antara dua atau lebih pihak;


       - Perjanjian itu hendaklah mewujudkan obligasi untuk melakukan atau tidak  melakukan sesuatu;


        - Terdapat niat-niat dari pihak-pihak terbabit untuk mewujudkan perhubungan di sisi undang-                    undang dimana.

        - sebarang pemecahan janji atau set janji akan memberikan remedi di sisi undang-undang kepada                pihak yang satu lagi

        - Janji atau set janji itu hendaklah juga diiringi oleh balasan (consideration). 


















Monday, 24 October 2016

BAB 3 : ARTIS: PERSEDIAAN UNTUK DIURUS




Apabila sampai ketikanya, seorang artis merasakan ingin meningkatkan matlamat kerjayanya.Persoalannya, bilakah seseorang artis perlu mendapatkan perkhidmatan pengurusan? Artis perlu mendapatkan seorang pengurus apabila mereka bersedia untuk menjadi artis komersial, terutama apabila mendapat banyak tawaran yang diterima.Sesetengah artis akan terus menandatangani kontrak yang mungkin menyebabkan mereka kerugian. Hal ini tidak akan terjadi sekiranya mereka mempunyai seorang pengurus yang boleh membimbing/menasihati mereka dalam perkara ini. Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan seperti yang berikut :-

A) Menjadi Kormesial

  • Kerjaya ini bukan hanya mempersembahkan seni muzik perlu jadi sebahagian daripada industri muzik itu sendiri.
  • Artis komersial- semua penulisan, persembahan, dan rakaman muzik adalah untuk mendapatkan keuntungan.
          * Band atau pemuzik tidak akan berlatih tanpa mendapat pulangan pendapatan.               
          * Pengurus tidak berminat untuk bekerja dengan seorang artis, melainkan artis itu boleh                            menjana keuntungan dalam perniagaan muzik.              
           * Artis yang bagus dan unik dengan cara mereka sendiri, mempunyai potensi untuk lebih                            komersial dan peluang akan datang tanpa diduga.
  • FINAS dibawah KKMM contohnya berperanan mengkomersialkan karya artis tempatan. 
  • Sebagai badan perfileman yang ditubuhkan untuk "menggalak, memelihara dan memudahkan" pembangunan industri perfileman tempatan.
  • FINAS menumpukan seluruh usaha dan fokus bagi memastikan Dasar Perfileman Negara (DFN) yang diluluskan Jemaah Menteri dalam tahun 2005 diberi perhatian sewajarnya.
          
                                                                                        

B) Memahami Bakat dan Keupayaan Seni

Mengetahui Adakah Anda Seorang yang Artistik
  • Apakah jenis muzik/filem/bakat yang mereka pilih dan lakukan? 
  • Jika artis menggambarkan muzik beliau sebagai “dipengaruhi dari muzik tertentu”, ia menunjukkan bahawa artis itu masih cuba untuk mencari tempat dalam pasaran komersial dan bahawa ia mungkin terlalu awal mendapat pengurusan, rakaman, atau kontrak penerbitan. 
  • Jika artis menggambarkan “muzik saya adalah muzik alternatif menggunakan lirik menarik dengan memberi impak yang hebat ketika persembahan terutamanya kepada penonton yang muda”, ia menunjukkan bahawa artis tersebut telah menetapkan muzik beliau, memahami jenis penonton, dan tahu untuk menarik minat pendengar muda- golongan sasaran.
  • Identiti tersendiri.

Memasarkan Bakat
  • Perlu tahu di mana bakat perlu diletakkan dan bagaimana untuk memasarkan bakat agar dapat mengikuti peredaran masa.
  • Bagaimana mahu memperluaskan ruang pasaran dan mempertingkatkan ekonomi industri seni dan menyampaikan kandungan kreatif mereka. 
  • Mengantarabangsakan keberkesanan serta daya saing industri seni dan kandungan kreatif agar dipandang hebat di mata dunia. 
  • Mempertingkatkan modal insan serta memperkasakan pemikiran generasi muda, komuniti industri seni, dan masyarakat umum.
  • Mempertingkatkan proses pemasaran kandungan tempatan ke luar negara. 
  • Menyediakan perkhidmatan, kemudahan, galakan, sokongan yg berkesan.
  • Memupuk budaya menonton hasil karya seni artis Malaysia / penontonan filem tempatan. (Cintai, sayangi dan lindungi karya seni artis Malaysia).
@Perlu mengetahui agensi yang terbabit seperti :

  
  • Akademi TV3
  • NTV7
  • ASWARA
  • FINAS
  • IPTA: UiTM, UUM
  • Skop Production
  • Metrowealth
  • Red House Talent
  • dll
@Perlu terlibat dalam persatuan. 10 di bawah bernaung bawah GAFIM (Gabungan Persatuan 

     Karyawan Malaysia).

  • FDAM --- Persatuan Sutradara Malaysia
  • SGM --- Persatuan Penulis Skrip Malaysia
  • KARYAWAN --- Persatuan Karyawan Malaysia
  • SENIMAN --- Persatuan Seniman Malaysia
  • PROFIMA --- Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia
  • PTVM --- Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia
  • PFM --- Persatuan Penerbit Filem Malaysia
  • ENYIAR --- Persatuan Penyiar Kebangsaan Malaysia
  • AMCA --- Persatuan Artis Cina Malaysia
  • MIEWA --- Persatuan Kebajikan Penghibur India Malaysia
  • POSTAM --- Persatuan Pos-Produksi dan Animasi Malaysia
  • ECM --- Persatuan Penyunting Malaysia
  • MySC --- Persatuan Sinematografer Malaysia
  • Persatuan Artis Veteran.



C) Memperoleh Pengalaman

  • Melakukan persembahan secara langsung sangat membantu untuk memperbaiki dan membina karakter seseorang penghibur.
  • Di kelab-kelab, di depan rakan-rakan, keluarga, dan peminat-peminat boleh membantu artis-artis membangunkan diri masing-masing.​
  • Mencuba idea baru & melihat muzik sebagai penghubung kepada penonton serta dapat mengetahui apa yang perlu dielakkan semasa persembahan.​​
  • Rakan-rakan dan keluarga perlu menyokong dan memberi maklum balas pada persembahan yang dibuat supaya dapat meningkatkan prestasi artis tersebut.​​
  • Membuat demo rakaman boleh membina keyakinan seseorang artis.
  • Keyakinan yang ada itulah menjadi keutamaan apabila seseorang pengurus itu ingin mencari artis.
  • Artis juga tidak boleh menjadi terlalu sombong sekiranya telah berjaya kelak.

D) Membina Rangkaian Hubungan

  • Rangkaian hubungan dalam terma ini ialah golongan penyokong yang kerap berkomunikasi dengan artis tentang muzik mereka.
  • Penyokong artis adalah nadi kepada rangkaian hubungan ini.
  • Artis biasanya menghantar emel kepada peminat untuk mengumumkan muzik baru atau tarikh dan lokasi persembahan akan datang.
  • Mereka juga berkomunikasi melalui kumpulan maya (e-group) untuk mempromosikan diri dan muzik mereka seperti perkhidmatan mikro-blogging seperti Twitter, dengan membuat pengumuman terkini ke laman-laman rangkaian sosial.
  • Komunikasi yang berterusan tentang artis ini dapat memastikan peminat kerap melayari laman web artis, dan dapat terus berhubung dengan artis yang mereka minati.
  • Juga untuk artis mendapat tahu mana-mana individu atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan untuk menyokong kerjaya artis dan juga menjadi penaja dan secara tidak langsung dapat menaikkan kerjaya artis ke tahap yang seterusnya.
  • Jika ada individu berpotensi tersebut, mereka perlu dijemput untuk persembahan artis dan perlu menerima semua maklumat tentang aktiviti artis tersebut.
  • Ini adalah penting untuk seseorang artis itu boleh berkembang kerana setiap aktiviti artis sebenarnya sentiasa memerlukan kewangan.
  • Ini boleh membantu pengurus untuk mudah mencari dana dalam membangunkan artis selain daripada sumber-sumber sokongan kewangan lain untuk artis baru seperti simpanan, keluarga, pinjaman, dan penajaan.



Apabila seorang artis memasuki industri karya seni mereka perlulah sentiasa melihat peluang yang ada dan sentiasa mengikut peredaran teknologi moden karya seni yang ada. Jika mereka bergerak seiring dengan kemajuan teknologi maka mereka akan memperoleh peluang yang banyak.

  •  Seperti contoh peluang yang kian mendapat tempat sekarang adalah animasi 3D yang dihasilkan oleh penggiat seni di Malaysia ini, maka hasilnya animasi kian popular dan membuka peluang kepada penggiat seni lain memasarkan produk seni mereka malah ada yang sudah mengkomersialkan kepada peringkat antarabangsa.
  • Rangkaian yang dibina oleh penggiat seni ini membuahkan hasil kepada industri karya seni dengan cepat dan maju sekali.


 E) Menjadi Profesional

Artis bukan tidak boleh bebas untuk berkarya dan berseronok, tetapi setiap artis perlu mendapat tanggapan bagus daripada masyarakat atau peminat.
  • Artis perlu bersedia untuk menyampaikan persembahan terbaik.
  • Laman web dan rangkaian sosial artis bersifat profesionalisme.
  • Penggunaan media baru- mesej, status, gambar, dll yang professional

F) Bersedia Untuk Pengurusan


Sesi temubual artis dengan bakal pengurus. Sebab-sebab mengapa pengurus perlu menilai artis sebelum menawarkan pengurusan kepada mereka: 
  • Pengurus ingin mengetahui berapa banyak aset yang boleh dicapai oleh artis yang berpotensi.
  • Mengetahui adakah seorang artis itu telah bersedia dan berkeyakinan untuk menceburi bidang muzik.
  • Mengetahui dari segi manakah seseorang artis itu rasa berpeluang untuk memajukan kariernya.
  • Pengurus ingin melihat sejauh mana keinginan artis tersebut dalam karier dan adakah keinginannya itu realistik.
  • Dapat mengetahui kelebihan artis itu, dan dapat juga mengetahui matlamat kerjaya mereka.
  • Mengetahui kematangan emosi artis.

G) Etika dan Nilai Murni

1. Amanah

  • Menggunakan masa dengan efisien dan efektif.
  • Membelanjakan mengikut bajet yang ditetapkan.
  • Tidak melakukan penipuan, penyelewenan, dan rasuah.
  • Menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Tidak melakukan kerja-kerja peribadi dengan berselindung kerja-kerja rasmi. 
2. Bersih

  • Mengawalkan sikap saling membantu dengan rakan-rakan artis.
  • Memelihara rupadiri dengan pakaian yang kemas dan sopan.
  • Menggunakan tutur kata dengan teratur dan bersopan santun.
  • Menjauhkan diri dari sebarang perlakuan yang keji dan jenayah.
3. Berdedikasi
  • Melaksanakan kerja tanpa mengharapkan upah, ganjaran dan puji-pujian.
  • Melaksanakan setiap tugasan dengan cepat ,berkesan, dan berkualiti.
  • Bersedia menerima nasihat, teguran dan tunjuk ajar.
4. Berdisiplin

  • Patuh dan taat kepada peraturan dan arahan.
  • Berpegang teguh dalam ajaran agama.
  • Sentiasa menjaga imej dan maruah diri.
  • Menghasilkan kerja yang cemerlang.
5. Bertanggungjawab

  • Melaksanakan kerja dengan bersungguh-sungguh dan sempurna.
  • Merasa bersalah apabila tidak sempurnakan tugas mengikut tahap piawaian.
  • Menjaga maruah agama dan keluarga.
6. Berilmu

  • Memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang yang relevan.
  • Bertindak berasaskan ilmu dalam semua aspek kehidupan.
  • Berusaha mencari ilmu dan fikiran seperti yang dituntut oleh agama.
  • Bersedia mengikut seminar, kursus, perbincangan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan.




Saturday, 22 October 2016

BAB 2 :   PENGURUS : PERSIAPAN UNTUK MENGURUS



Pengurus artis memerlukan pemahaman asas keseluruhan industri muzik. Tanpa pemahaman begini, pengurus tidak akan tahu tentang peluang yang ada dan mungkin terlepas pada pihak lain.Mendapatkan ijazah dalam pengurusan perniagaan adalah sangat berguna terutamanya yang menekankan tentang aspek pemasaran, pengurusan jenama dan kemahiran menjalankan perniagaan. pengurus artis mesti haruslah menyimpan reputasi kerja yang baik daripada pelanggan yang artis berikan seperti persembahan pentas atau konsert. Berikut merupakan keperibadian yang perlu ada pada seorang pengurus artis:-

Membuat Keputusan

  • Membuat keputusan tentang  kerjaya seorang artis mempunyai kaitan dengan:
  • Keputusan adalah lebih mudah untuk mengatakannya daripada melakukan.
  • Memerlukan sifat profesionalisme untuk melangkah jauh dari strategi standard yang telah digunakan pada masa lalu
  • Beberapa keputusan boleh dibuat berdasarkan kriteria atau pengalaman tertentu, tetapi sesekali pengurus perlu bergantung kepada perasaan dalaman/naluri untuk membuat sesuatu keputusan.

Mengurus Tekanan

  • Tekanan datang apabila pengurus bermula mempromosikan kerjaya artis.
  • Menghadapi tekanan berterusan untuk merancang dan mencuba alternati.
  •  Pengurus mesti sentiasa bersedia untuk bertindak balas Perlu mengimbangi kehidupan peribadi dengan kerja sebagai pengurus.

Mengurus Isu

  • Ramai pengurus artis adalah mempunyai reputasi yang rendah dan jarang disebut di dalam akhbar/ majalah.
  •  Reputasi ini penting kerana pengurus boleh menaikkan hubungan awam mereka dalam industri hiburan.
  •  Hasil rangkaian kenalan mesti kekal aktif.
  •  Boleh menghadiri acara bersama pihak industri, acara-acara hiburan, konvensyen, dan peluang-peluang lain

Bersifat Profesional


  • Selain membimbing dan menguruskan artis, pengurus juga harus merancang untuk masa peribadinya sendiri.
  •  belajar untuk meletakkan tekanan dalam perspektif, bersikap profesional bukan emosional.

Asas Pengurusan Kreatif

Pemahaman Kuasa Dalam Perniagaan

  • Perlu memahami di mana kuasa dibentuk, yang mempunyai dan bagaimana ia diperoleh.
  •  Titik permulaan yang baik adalah melihat di mana kuasa sebenar tinggal.
  •  Persahabatan dalam bidang muzik adalah sama seperti mereka dalam dunia politik.
Kuasa Dalam Perniagaan
  1. Kuasa dalam bidang muzik datang daripada :
  • wang yang diperolehi
  • keupayaan untuk mendapatkan wang
  • wang untuk mempengaruhi keputusan. Sebagai contoh : Keupayaan syarikat besar untuk mempengaruhi sesiapa yang dicalonkan, yang menang, dan yang membuat persembahan dalam anugerah muzik. Artis yang terpilih untuk membuat persembahan dalam anugerah akan mendapat pulangan jangka pendek dalam jualan album/lagu mereka 
      2. Access (Peluang Masuk)
  • Penting bagi orang yang memiliki akses.
  •  Sesiapa capai tahap ini boleh membuat keputusan, dan  mempengaruhi orang lain yang tiada kuasa.
  •  Ejen tempahan ada kuasa access dapat memberi artis satu peluang untuk promosi.
  •  Pengaturcara radio mempunyai kuasa untuk memberi artis satu access untuk mempromosikan muzik kepada penonton mereka.
  •  Penerbit menggunakan kuasa access mereka untuk memberi bantuan kepada perniagaan mereka. 
      3. Kejayaan Terkini
  • Kejayaan artis  boleh menjana peluang-peluang baru kepada artis kerana semua individu berminat akan berlumba-lumba mendapatkan artis tersebut.
  •  Penerbit meminta lagu dari pencipta dan penulis lirik, promoter konsert mencari ejen artis, dan artis mungkin dapat menyambung semula kontrak untuk mendapat  terma/faedah yang lebih baik. 
       4. Kumpulan Kerja
  • Orang yang telah berkerjaya lama dalam perniagaan muzik telah membina sejumlah besar kejayaan.
  •  Mereka mempunyai "rahsia" kejayaan dalam industri.
  •  Mereka sering diminta untuk membantu mereka.
  •  Mereka boleh memberi nasihat, menjadi rakan kongsi, dan menjadi mentor. 

Pengurus Sebagai Usahawan


Ø individu yang mempunyai pandangan bagi suatu perniagaan baru atau idea baru untuk menjadi berjaya adalah seorang usahawan.
Ø Unsur “idea baru” untuk menjadikan dirinya lain dari yang lain/ atau unik.
Ø  Bersedia mengambil risiko.
ØPengurus artis merupakan usahawan yang 
  •    memahami perniagaan muzik .
  • bersedia untuk membuat pelaburan.
  • bersedia untuk mengambil semua risiko kegagalan yang mungkin––tetapi akan mendapat kejayaan.             
Ø Sumber kewangan yang diperlukan untuk membangunkan dan mengekalkan satu syarikat pengurusan artis baru adalah:
  • Besar.
  • Keberanian untuk menerima risiko. 








Friday, 21 October 2016

ASIAN YOUTH INDIE FILM FESTIVAL GALA NIGHT 2016 (AYIFF 2016)


Asian Youth Indie Film Festival (AYIFF) 2016 merupakan platform asas untuk penggiat-penggiat seni muda mengetengahkan bakat dan hasil kerja mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Objektif utama AYIFF diadakan adalah untuk mengiktiraf dan menghargai bakat, idea serta kualiti kerja artis muda dalam penghasilan filem indie. Program yang berlangsung selama tiga  hari tersebut telah memasuki musim kedua diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok Kedah yang menyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti lain seperti Nikon Workshop, Tayangan Perdana Drama Wau Kasih, Soundtrack Production Workshop, Creative Economy Seminar, Visual Effect Workshop, Seminar daripada Astro dan program terakhir adalah AYIFF Gala Night. AYIFF 2016 mengkategorikan pelbagai anugerah antaranya adalah  Best Public Service Annoucement, Promosing Young Minds, Best Music Video, Best Documentary Film, Best Narrative Film, Non Asia Award, Special Jury Award, Anugerah Ikon Aktor, Anugerah Ikon Pengarah dan Anugerah Best of The Best besesuai dengan tema AYIFF 2016 pada kali ini adalah “Cultivating Youth Creativity” untuk mencari lebih ramai bakat-bakat muda di dalam dan di luar negara. AYIFF 2016 juga merupakan anjuran bersama dua fakulti iaitu School of Creative Industry and Performing Art (SCIMPA) dan School of Multimedia and Technology (SMMTC) yang telah bekerjasama melancarkan segala perjalanan program di bawah arahan Penagarah Program iaitu Dr Izdwan Bin Yaakob dan turut dibantu oleh beberapa orang pensyarah lain. Sebagai tambahan juga, Malam Gala AYIFF 2016 ini juga turut mendapat kerjasama dengan pihak Astro selaku penyiar rakaman Malam Gala tersebut yang akan disiarkan di saluran Astro kelak.

Malam Gala AYIFF2016 telah dirasmikan oleh Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi serta diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UUM, Dato’ Seri Mustafa Ishak dan tetamu-tetamu terhormat yang lain. Majlis pada malam itu juga turut diserikan lagi dengan kehadiran artis-artis popular tanah air seperti Syamsul Yusof, Mawi, Jaclyn Victor, Zahid AF, Farhan AF, Maulana AF, Jay Jay, Fizo Omar, Afiq Muiz, Aishah Ilyas, Aisha Azman, Kausar dan ramai lagi. Para artis turut mempersembahkan persembahan yang mantap serta menghiburkan para tetamu yang hadir, di samping menjadi penyampai anugerah-anugerah pada malam tersebut. Berikut merupakan tentatif program yang diadakan selama 3 hari bermula dari 5 hingga 7 Oktober 2016.




Laporan Aktiviti

Tugasan:-

Bagi melancarkan program AYIFF 2016, para pelajar kelas kami iaitu Pengurusan Artis telah diberi tugas dan tanggungjawab untuk membantu melaksanakan program tersebut. Tugasan telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu pengiring artis dan bertugas di belakang pentas dan dibelakang tabir (Runner). Para pengiring artis mempunyai tugasan yang agak mencabar kerana beberapa orang daripada mereka perlu menyambut artis iringan mereka di lapangan terbang di mana mereka pergi mengginakan pengangkutan yang telah disediakan oleh pihak universiti dan perlu memantau keadaan, jadual dan keperluan artis tersebut. Walau bagaimanapun, tugasan di belakang tabir juga tidak kurang mencabar juga kerana kami perlu memastikan segala keperluan sebelum Malam Gala bermula disediakan secukupnya supaya majlis akan berjalan dengan lancar. Saya bersama tiga orang rakan-rakan yang lain telah di beri tugasan di belakang pentas  untuk menguruskan hadiah seperti piala dan sijil untuk para pemenang. 

Pada malam AYIFF 2016 tersebut terdapat 9 kategori yang dipertandingkan maka kami perlu menjaga piala dan sijil tersebut pada petang sebelum Malam Gala berlangsung. Tugasan menjaga hadiah ini amatlah penting kerana kami perlu memastikan piala dan sijil yang disediakan cukup, diberikan kepada pemenang yang betul dan menjaga hadiah tersebut pada setiap masa untuk mengelakkan masalah seperti hadiah hilang atau berlaku kecuaian seperti piala rosak dan sebagainya. Pada Malam Gala tersebut, kami yang menjaga piala dan sijil dibahagikan kepada dua tugasan di mana 2 orang perlu bersedia menyiapkan hadiah untuk diberikan kepada penyampai hadiah di atas pentas manakala saya sendiri perlu bersedia untuk memberikan beg (bekas hadiah) kepada para pemenang. Semasa memberi bekas hadiah kepada pemenang, saya perlu mencari pemenang setelah mereka turun daripada pentas dan setelah pemenang berasa tenang dari perasaan gemuruh. Situasi seperti pemenang pulang awal selepas mengambil hadiah merupakan antara cabaran yang saya hadapi untuk memastikan beg hadiah tersebut dapat diberikan kepada para pemenang. Walau bagaimanapun, segala tugasan dapat diselesaikan dengan baik setelah majlis berakhir dan para pemenang telah mendapat hadiah kemenangan masing-masing.

Gambar-gambar semasa majlis pembukaan sehingga penutup Malam Gala AYIFF 2016.

Opening Ceremony
   

Soundtrack Workshop

Tayangan Perdana Wau Kasih
      
Nikon Workshop

                           



Persiapan Pentas

           
   
              

             


      



Piala & Sijil Pemenang

          

  

     

    



Team Di  Belakang Tabir

   





Para Artis Jemputan