BAB 4 : AKTA KONTRAK (BAHAGIAN 2)
Akta Kontrak Malaysia (1950)
Berdasarkan akta ini, untuk sesuatu
kontrak itu menjadi sah dan boleh dikuatkuasakan udang-undang, elemen-elemen
yang berikut perlulah dipenuhi di mana ketiadaan elemen-elemen ini akan
mengakibatkan sesuatu kontrak itu tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.
Elemen-elemen tersebut adalah seperti :-
• Tawaran (offer)
• Penerimaan (acceptance of the offer)
• Niat (Intention to create legal relation).
• Balasan (Consideration).
• Kepastian/Ketentuan
•
Keupayaan
TAWARAN
• Cadangan
atau perjanjian yang dibuat oleh pembuat tawaran kepada penerima untuk
melakukan sesuatu atau menahan diri daripada melakukan
sesuatu.
• Tawaran
mesti jelas, lengkap dan muktamad.
• Penerima
tawaran mesti disebutkan, sama ada individu atau sekumpulan individu atau
umum.
• Beri
contoh tawaran untuk mencari kucing yang hilang.
PENERIMAAN
• Suatu
menerima candangan daripada pihak yang membuat tawaran
• Lima
elemen penerimaan
* jelas,
tepat dan muktamad
* dibuat
secara biasa dan munasabah melainkan jika tawaran
menetapkan cara penerimaan.
* mesti
dikomunikasikan
* dibuat
dalam jangka masa yang munasabah
* Dianggap
lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran mengetahui dan menerimanya.
BALASAN
• Menurut
kehendak pembuat janji atau sesiapa sahaja yg telah membuat / melakukan atau
• telah
menahan diri dari membuat sesuatu,
• maka
perbuatan atau penahanan diri itu disebut balasan untuk janji itu.-seksyen
2(d) Akta kontrak
• Unsur-unsur
balasan
* timbal
balik
* balasan
tak semestinya berpadanan
* balasan
lampau adalah sah
* mesti
sah di sisi undang-undang
* balasan
tak semestinya datang daripada penerima janji
Jenis Balasan
v Balasan Eksekutori
• merupakan
balasan atau janji yang belum dilaksanakan tetapi akan dilaksanakan.
• Cth:
A bersetuju menjualkan komputernya kepada B, dan B berjanji akan membayar RM
1,500 apabila A menghantar komputer tersebut kepadanya. Janji kedua-dua pihak
belum dilaksanakan, tetapi akan dilaksanakan pada masa akan datang.
v Balasan
Tersempurna
• adalah
janji atau balasan yang perlu disempurnakan terlebih dahulu sebelum janji atau
balasan pihak yang satu lagi dilaksanakan.
• Cth:
A berjanji akan memberikan hadiah RM 200 kepada sesiapa yang memulangkan
kucingnya yang hilang. B menjumpai kucing tersebut dan memulangkannya kepada A.
Tindakan B memulangkan kucng tersebut adalah suatu balasan tersempurna di pihak
B, manakala balasan di pihak A adalah dengan membayar wang hadiah RM 200 kepada
B.
v Balasan
Lepas atau Balasan Lampau
• adalah
balasan atau perbuatan yang sudah dilakukan sebelum janji pihak yang satu lagi
dibuat. Janji dibuat bagi membalas perbuatan yang telah dilakukan itu.
• Cth:
A menyelamatkan B daripada lemas di laut, B kemudiannya berjanji akan
memberikan A RM 20,000 sebagai ganjaran. Perbuatan A menyelamatkan B daripada
lemas merupakan balasan lampau kerana ianya sudahpun dilakukan sebelum B
membuat janjinya.
NIAT
• Maksud
dan kehendak
• Perjanjian
tidak semestinya menjadi kontrak kecuali wujudnya niat yang mengadakan
hubungan yang mengikat.
• Pihak
yang terlibat harus faham bahawa kontrak yang dipersetujui akan mempunyai
ikatan, hubungan, dan penguatkuasaan dengan undang-undang.
• tiada
kontrak formal bermaksud tiada niat
KETENTUAN/KEPASTIAN
• Sesuatu kontrak
yang sah mestilah mengandungi peruntukan yang nyata dan tentu (tidak
samar-samar)
• Perjanjijan
yang mana, maknanya tertentu atau tidak boleh ditentukan atau boleh difahami
oleh sebelah pihak sahaja adalah batal.
• Sebarang
perjanjian yang dibuat mestilah difahami atau pun jelas terhadap apa yang
dijanjikan dan tidak kabur bagi membolehkan sesuatu perjanjian atau kontrak
diteruskan.
• Bagi
perjanjian yang kabur atau tidak pasti, kontrak itu akan terbatal sendiri dan
tidak boleh dikuatkuasakan.
Syarat Kepastian
i. Bahasa yang jelas
ii. Syarat-syarat kontrak ditentukan
iii. Ada persetujuan dari kedua belah pihak
KEUPAYAAN
• Seseorang
yang layak membuat kontrak mestilah dewasa, berakal sempurna dan tidak
hilang kelayakan untuk berkontrak (tidak adalah halangan undang-undang
untuk berkontrak)
• Umur
majoriti-Akta Umur Dewasa 1971 – Had umur dewasa bagi rakyat Malaysia ialah 18
tahun.
• Sekiranya
pihak dalam kontrak tersebut belum mencapai umur 18 tahun, maka secara umumnya,
kontrak tersebut terbatal kerana mereka tidak layak untuk berkontrak.
• seseorang
dikatakan berakal untuk berkontrak sekiranya semasa berkontrak, dia memahami
yang
dibuatnya dan berkeupayaan untuk membuat pertimbangan yang rasional
terhadap kesan atas
kepentingannya.
No comments:
Post a Comment