BAB 6 : MENJALANKAN PERNIAGAAN UNTUK ARTIS
Memperkenalkan Artis
Dengan Kontrak
• Kontrak pengurusan artis biasanya
melalui dua cara iaitu :
i. Artis
akan bersetuju kepada terma dan tiga tahun pengurusan menawarkan pengurus
pilihan untuk melanjutkan kontrak tambahan dua hingga empat tahun, dengan
syarat bahawa kedua-dua bersetuju untuk dilanjutkan.
ii. Pengurus
yang memilih untuk tidak melanjutkan kontrak harus memberi artis notis yang
mencukupi bahawa mereka tidak mahu untuk terus menguruskan artis diluar tarikh
tamat kontrak semasa.
• Tempoh kontrak adalah bergantung
kepada peguam nasihat.
Pengurusan Masa
• Gaya hidup seorang artis adalah
bebas.
• Artis akan berlatih sekerap mungkin.
• Menjaga kesihatan fizikal dan
mempunyai hubungan yang gembira dalam menjalani kehidupan seharian.
• Oleh itu, artis boleh menguruskan
masa mereka seperti :
a. Pastikan ia terkawal dan konsisten
b. Bahagikan kerja dan pastikan ia
konsisten.
c. Baca dan komen di blog, tweet dan
fb.
d. Melaksanakan inspirasi dengan segera
e. Menonton rancangan di TV yang mampu
memberikan satu idea yang hebat sebagai inspirasi.
Mengetahui Tujuan Mesyuarat dan Melakukan Persediaan
• Tujuan mesyuarat ialah boleh
mengurangkan kebimbangan dan tekanan.
• Mengapa perlu mesyuarat?
i.
Menjelaskan
hal-hal yang tidak jelas.
ii.
Pengagihan
tugas
iii.
Menilai
dan mengawal aktiviti
iv.
Menyebarkan
maklumat
v.
Merancang
strategi
vi.
Mengetahui
kekuatan dan kelemahan
• Kejayaan sesebuah mesyuarat adalah
bergantung sepenuhnya kepada jumlah perancangan pengurus itu sendiri.
• Antara topik penting yang
dibincangkan ialah :
i.
Muzik/bakat
yang akan digunakan
ii.
Imej
mereka di atas pentas dan di dalam kamera
iii.
Penajaan
dan tawaran produk
Persediaan Untuk Mesyuarat
• Tindakan sebelum mesyuarat ialah :
a) Menetukan agenda, tarikh, masa dan
tempat mesyuarat.
b) Menyediakan kertas kerja untuk
perbincangan
• Kunci dalam membuat keputusan dalam
sesebuah mesyuarat adalah bergantung kepada bilangan ahlinya yang hadir.
Merancang Keputusan
• Perancangan adalah fungsi utama
dalam membuat keputusan.
• Lima langkah dalam perancangan
keputusan ialah :
i.
Mengenalpasti
objektif
ii.
Menilai
situasi semasa
iii.
Merumuskan
pilihan
iv.
Mengenalpasti
dan membuat pilihan
v.
Melaksanakan
keputusan dan menilai hasil
Mesyuarat
• Mesyuarat ialah sebentuk
komunikasi formal yang dilakukan dalam sesuatu pertubuhan yang
bertujuan untuk membuat sesuatu keputusan atau menyelesaikan sebarang masalah
berbangkit.
• Mesyuarat yang sah harus dihadiri
dengan sebilangan ahli pertubuhan berkenaan seperti mana diperuntukan
dalam tataurusan persatuan yang berkenaan.
• Pada lazimnya, kebanyakan pertubuhan
akan menentukan kehadiran dua pertiga daripada ahlinya
sebagai kuorum untuk mengesahkan mesyuarat.
• Mesyuarat yang gagal mencapai
kehadiran ahlinya sebagaimana ditentukan oleh tataurusan persatuan, dianggap
tidak sah dan sebarang keputusan yang dicapai tidak boleh dianggap sebagai
keputusan yang mewakili pertubuhan berkenaan.
No comments:
Post a Comment