Saturday, 26 November 2016

BAB 5 : ARTIS SEBAGAI PERNIAGAAN





Pengurus artis bertanggungjawab untuk

ü  mengupahkan pekerja dan menguruskan sumber lain.
ü  membina satu pasukan sokongan artis.
ü  membangunkan satu cadangan.
ü  mencipta hubungan antara artis dan peminat termasuk dalam aktiviti komersial.
ü  menjadi promoter dan penyokong bagi artis
ü  menghasilkan artis sebagai jenama perniagaan.
ü  memasarkan artis.
ü  mengeksploitasi bakat artis.

Pasukan sokongan artis

ü  Pasukan professional yang asas.
ü  Membantu pengurus bagi memelihara kerjaya artis sentiasa berada di atas landasan.
ü  Pengumpulan pasukan ini adalah tanggungjawab pengurus bagi menyokong artisnya.

Pasukan pendukung artis

  1. Ejen Penempahan
       Ejen penempahan adalah individu yang menghubungkan seseorang artis dengan persembahan yang berbayar.
       Menguruskan tempahan persembahan siaran langsung artis, mengkoordinasikan tarikh-tarikh tersebut yang diterima kepada pengurus dan syarikat rakaman supaya dapat mengisi jadual dengan sebanyak mungkin untuk persembahan tersebut.
       Membuat rundingan bagi artis untuk diterbitkan dalam iklan
       Mengatur tajaan bagi perjalanan, dan kemunculan artis dalam slot televisyen khas.
       Dibayar 10% dari jumlah dipersetujui dalam kontrak persembahan.
       Tidak dibayar dalam penjualan rakaman atau penulisan lagu (dibayar secara komisen).
       Ejen tidak akan terlibat dalam acara televisyen, walaupun artis menjalankan persembahan berbayar- promosi biasa

  1. Peguam
       Hampir setiap kegiatan artis mempunyai nilai dengan pelbagai jenis perjanjian dan melibatkan pembayaran- menjadi perkara utama dalam sesuatu kontrak.
       Nasihat daripada seorang peguam yang berpengalaman diperlukan untuk mendapat jaminan dari segi pembayaran.
       Menjadi pakar dengan segala pengetahuan tentang kerja harian artis berdasarkan kontrak yang telah dipersetujui.
       Mengenalpasti bentuk keperibadian orang yang terlibat dalam perjanjian tersebut, mempunyai reputasi yang baik, serta mempunyai pengalaman yang mencukupi dalam menghadapi persekitaran dunia kerjaya artis.
       Sesuatu nasihat yang diberikan dari peguam adalah sebenarnya untuk melindungi seseorang artis dalam kerjayanya.

  1. Publicist/Jurnalis
       berperanan sebagai penghubung kepada saluran berita dan informasi tentang artis ke pelbagai saluran seperti media tradisional, satelit, radio online, televisyen, kabel, surat khabar dan majalah (dalam bentuk online dan bercetak), majalah pengguna, blog, dan semua media yang berkaitan dengan web.
       mempunyai hubungan rapat dengan individu utama syarikat media untuk diterbitkan.
       mempunyai pengalaman dalam keperluan seseorang editor atau individu pembuat keputusan.
       mempunyai pangkalan data telefon atau hubungan dan memahami bagaimana cara untuk mengetengahkan cerita tentang seseorang artis di dalam media.
       Sepenuh masa atau separuh masa

  1. Pengurus Media Baru
       media baru menggunakan format digital untuk berkomunikasi, mendapatkan informasi, dan juga mencari hiburan dijadikan
       media baru menjadi keperluan untuk menguruskan kerjaya artis.
       menyelia interaksi antara artis dengan peminat mereka melalui laman web dan juga melalui media sosial yang lain.
       menyelia kandungan yang disebarkan tentang artis itu, melihat bagaimana cara seorang pengguna membuat carian, dan berinteraksi melalui laman web syarikat atau artis tersebut.
       merupakan mata dan telinga secara online bagi pengurusan syarikat artis.
       mempunyai pemahaman yang luas tentang perniagaan muzik
       memastikan mereka adalah berada dalam trend terkini dengan penggunaan media digital terhadap sasaran pasaran.

  1. Penasihat Perniagaan
       Terdapat penasihat perniagaan yang boleh menjadi sebahagian daripada pasukan artis:
1.       Banker/Jurubank/Akauntan
2.       Penasihat insurans
3.       Pengurus perniagaan

Penasihat perniagaan

       Jurubank
4.       aset kewangan memerlukan penyimpanan yang selamat, penyemakan akaun simpanan  yang mudah
5.       boleh memberi jaminan bahawa artis akan mendapat akses bagi kewangan.
6.       Pengurus dapat mengosongkan lebih banyak masa untuk memberi tumpuan kepada pengembangan kerjaya artis.
       Akauntan
1.       Akauntan yang pakar dalam industri muzik mempunyai pengalaman untuk menjaga artis dari liabiliti pembangunan.
2.       Jika pendapatan meningkat, perlu mengupah seorang akauntan untuk mengendalikan koleksi rutin pendapatan, membuat deposit bank dan menulis cek untuk membayar perbelanjaan.
3.       Caj oleh akauntan bergantung kepada keperluan artis tetapi tiada caj dari jurubank.
       Penasihat insurans
       Artis memerlukan perlindungan liabiliti untuk pengangkutan pergi balik dari persembahan mereka, insurans liabiliti umum, insurans hayat untuk diri sendiri dan keluarga mereka, dan lain-lain insurans yang berkaitan.
       Caj untuk polisi ini akan berbeza-beza bergantung kepada berapa banyak perlindungan yang diperlukan oleh artis, dan kos penasihat insurans adalah melalui komisen yang mereka dapat apabila mereka menjual polisi.
       Selain itu, adalah menjadi kelebihan jika menjadi ahli dalam kesatuan seperti yayasan artis dan sebagainya, yang boleh menyediakan perlindungan insurans pada kos yang berpatutan.
       Pengurus perniagaan
1.       Seseorang yang mengendalikan perbelanjaan pendapatan artis.
2.       Memastikan pendapatan lebihan selepas bil dibayar akan didepositkan atau dilaburkan dalam cara menjana kekayaan artis.
3.       Penting:
1.       Reputasi kejujuran pengurus perniagaan adalah kukuh
2.       Kedua-dua artis dan pengurus yang tidak berbelah keyakinan
4.       Dinasihatkan untuk memiliki orang yang berlainan sebagai pengurus pejabat dan pengurus perniagaan.

Kepentingan Internet Kepada Artis

       Internet sama ada boleh memusnahkan industri rakaman atau menjadi entiti yang dapat memberikan peluang-peluang baru untuk pencipta muzik dan penghibur.
       Sebagai sebahagian dari strategi promosi pengurus artis untuk artis mereka.
       Nama domain (DNS-Domain Name Server)
       Nama domain adalah daftar nama untuk laman web, dan pendaftaran domain ini harus menjadi perkara pertama seseorang pengurus melakukannya bagi pihak seseorang artis.
       Apabila nama artis didaftarkan, artis mempunyai satu nama domain yang akan diguna untuk mengurus dan mencipta laman web untuk artis tersebut.
       Kesalahan ejaan nama-nama artis mudah berlaku oleh peminat-peminat semasa mencari dan mengakses laman web artis, oleh itu adalah digalakkan untuk mendaftar kesemua kemungkinan nama domain seperti kesalahan ejaan nama artis.
       Apabila laman web artis telah dibangunkan, nama artis yang salah yang dicari oleh peminat akan secara automatik dirujuk ke laman web yang betul.
       URL(Uniform Resource Locator)
       URL adalah alamat web untuk laman web artis selepas ia telah dicipta dan dimuatkan ke dalam pelayan (server).
       Artis yang mempunyai nama domain "artist.com" akan menjadi seragam kepada sumber carian web apabila ia menggunakan URL atau alamat seperti http://www.yourartist.com.
       Alamat URL inilah yang akan menjadi rujukan untuk peminat mengakses laman web artis.
       Laman web ini akan menjadi sumber carian maklumat dan penghubung kepada peminat, alat promosi, meningkatkan populariti, dan juga mencari sumber dana.
       Kandungan
       Pengunjung atau pengguna laman web berharap untuk memperolehi informasi yang dikehendaki apabila melawat sesuatu laman web.
       Laman web harus dibangunkan supaya dapat memberikan pengguna apa yang mereka mahu.
       Gunakan ayat-ayat yang ringkas untuk menarik pengguna tanpa membebankan mereka dengan perkataan-perkataan yang susah.
       Jika perkataan-perkataan saintifik perlu digunakan, sediakan maksud perkataan itu sekali. Informasi yang lengkap akan menarik pengguna untuk kembali berkunjung ke laman web tersebut.

Berikut adalah beberapa elemen asas laman web artis:

      •       Penerangan dan biografi artis.
       Foto: gambar promosi, gambar konsert, dan gambar lain yang berkaitan- gambar artis tentang kehidupan seharian, gambar peminat di konsert, dan gambar lain
       Berita artis: siaran akhbar, aktiviti akan datang, siaran album, anugerah.
       Pautan ke Facebook, Twitter, laman web label, Vevo, Youtube, dan lain-lain laman web yang penting yang digunakan oleh sasaran pasaran.
       e-Kedai: Halaman untuk menjual rakaman, T-shirt, dan barangan lain jka ada.
       Peraduan atau hadiah.
       Pautan ke kegemaran laman web yang lain, pautan untuk membeli produk atau tiket konsert, maklumat lokasi, kegemaran peribadi artis tersebut, e-majalah, laman web muzik yang lain.
       Maklumat hubungan untuk agensi tempahan, pengurus kelab, dan pihak media.
       Papan mesej untuk ruang sembang: Ini membolehkan peminat untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Ini boleh dihadkan kepada ahlifans sahaja.
       Blog. Blog adalah sekadar jurnal, biasanya dalam susunan kronologi, peristiwa atau pengalaman seseorang. Ia juga memberikan rasa rapatpeminat dengan artis.
       Twitter sering dirujuk sebagai mikroblog. Sesetengah artis menggunakan Twitter untuk interaksi berterusan dengan peminat. -menjadi alat komunikasi yang berkesan.

Memahami Sasaran Pasaran

       Pengurus perlu memahami secara konsisten apakah sebab utama perniagaan dalam industri ini boleh berterusan.
       Pengurus juga perlu bijak mengetahui peluang baru dalam pasaran untuk membentuk kumpulan peminat yang lebih besar.

Sasaran Pasaran bagi Artis

       Sasaran pasaran merupakan kumpulan pelanggan, atau bakal pelanggan yang meminati artis dari segi muzik secara kreatif atau komersil.
       Mereka sebenarnya peminat yang ingin membeli album muzik, tiket persembahan, barangan merchandise, atau apa sahaja produk yang berkaitan dengan artis yang mereka minati.
       Kumpulan sasaran pasaran ni merupakan sebahagian segmen pasaran dari komuniti peminat muzik yang lain. Ini merupakan istilah yang dipanggil sebagai segmen pasaran.
       Adalah penting seseorang pengurus untuk sentiasa memerhatikan trend, genre terkini, teknologi baru, dan lain perkara tentang muzik supaya artis mereka sentiasa relevan dan mempunyai peluang cerah dalam pasaran industri muzik.
       Pengurus perlu pandai mengadaptasi peluang-peluang ini melalui pelan perancangan kerjaya artis mereka.
       Beberapa perkara yang boleh dikaji tentang segmen pasaran:

       Demografi seperti umur, jantina, keturunan, agama dan kepercayaan, dan sebagainya. Kaedah ini yang paling mudah dan murah untuk membentuk sasaran pasaran.
       Geografi iaitu kedudukan tempat, negeri, atau negara. Tetapi ini tidak dapat mencari sasaran yang agak tepat.
       Psikografik iaitu melihat segmen pasaran dari segi gaya hidup (lifestyle) seseorang peminat muzik.
       Perilaku iaitu melihat bagaimana pelanggan mencari produk, mengguna produk dan menjadi pengguna setia kepada produk tersebut.


Penjenamaan dan Imej

       Definisi penjenamaan bermaksud nama produk yang pengguna kenal pasti dari segi faedah yang disediakan, nama artis, dan yang berkaitan.
       Semuanya ini mencipta satu jenama dalam pemikiran sasaran pasaran atau peminat untuk dihiburkan dan dikaitkan dengan seseorang yang dikagumi.
       Nama artis adalah satu jenama yang berbeza, dan seperti semua jenama lain ia menjadi pengalaman peminat secara keseluruhan bersama dengan artis mereka.
       Artis yang mempunyai jenama termasuk imej dapat membezakan diri mereka daripada orang lain dan menjadi lebih dikenali melalui pendekatan yang berbeza sama ada dalam bentuk muzik ataupersembahan.
       Dengan pelbagai saluran muzik, laman web video, dan aplikasi telefon pintar seperti Vevo dan Youtube, artis telah berada dalam persekitaran multi-dimensi.


Friday, 18 November 2016

BAB 4 : AKTA KONTRAK (BAHAGIAN 2)


Akta Kontrak Malaysia (1950)

Berdasarkan akta ini, untuk sesuatu kontrak itu menjadi sah dan boleh dikuatkuasakan udang-undang, elemen-elemen yang berikut perlulah dipenuhi di mana ketiadaan elemen-elemen ini akan mengakibatkan sesuatu kontrak itu tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan. Elemen-elemen tersebut adalah seperti :-
      Tawaran (offer)
      Penerimaan (acceptance of the offer)
      Niat (Intention to create legal relation).
      Balasan (Consideration).
      Kepastian/Ketentuan
      Keupayaan


TAWARAN

      Cadangan atau perjanjian yang dibuat oleh pembuat tawaran kepada penerima untuk melakukan sesuatu atau menahan diri daripada melakukan sesuatu.
      Tawaran mesti jelas, lengkap dan muktamad.
      Penerima tawaran mesti disebutkan, sama ada individu atau sekumpulan individu atau umum.
      Beri contoh tawaran untuk mencari kucing yang hilang.


PENERIMAAN

      Suatu menerima candangan daripada pihak yang membuat tawaran
      Lima elemen penerimaan
*   jelas, tepat dan muktamad
*   dibuat secara biasa dan munasabah melainkan jika tawaran menetapkan cara penerimaan.
*   mesti dikomunikasikan
*   dibuat dalam jangka masa yang munasabah
*   Dianggap lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran mengetahui dan menerimanya.

BALASAN

      Menurut kehendak pembuat janji atau sesiapa sahaja yg telah membuat / melakukan atau
      telah menahan diri dari membuat sesuatu,
    maka perbuatan atau penahanan diri itu disebut balasan untuk janji itu.-seksyen 2(d) Akta      kontrak
      Unsur-unsur balasan
*     timbal balik
*     balasan tak semestinya berpadanan
*     balasan lampau adalah sah
*      mesti sah di sisi undang-undang
*      balasan tak semestinya datang daripada penerima janji

      Jenis Balasan

v       Balasan Eksekutori

    merupakan balasan atau janji yang belum dilaksanakan tetapi akan dilaksanakan.
    Cth: A bersetuju menjualkan komputernya kepada B, dan B berjanji akan membayar RM 1,500 apabila A menghantar komputer tersebut kepadanya. Janji kedua-dua pihak belum dilaksanakan, tetapi akan dilaksanakan pada masa akan datang.

v Balasan Tersempurna

   adalah janji atau balasan yang perlu disempurnakan terlebih dahulu sebelum janji atau balasan pihak yang satu lagi dilaksanakan.
   Cth: A berjanji akan memberikan hadiah RM 200 kepada sesiapa yang memulangkan kucingnya yang hilang. B menjumpai kucing tersebut dan memulangkannya kepada A. Tindakan B memulangkan kucng tersebut adalah suatu balasan tersempurna di pihak B, manakala balasan di pihak A adalah dengan membayar wang hadiah RM 200 kepada B.

v Balasan Lepas atau Balasan Lampau 

    adalah balasan atau perbuatan yang sudah dilakukan sebelum janji pihak yang satu lagi dibuat. Janji dibuat bagi membalas perbuatan yang telah dilakukan itu.
  Cth: A menyelamatkan B daripada lemas di laut, B kemudiannya berjanji akan memberikan A RM 20,000 sebagai ganjaran. Perbuatan A menyelamatkan B daripada lemas merupakan balasan lampau kerana ianya sudahpun dilakukan sebelum B membuat janjinya.


NIAT

     Maksud dan kehendak
     Perjanjian tidak semestinya menjadi kontrak kecuali wujudnya niat yang mengadakan hubungan yang mengikat.
   Pihak yang terlibat harus faham bahawa kontrak yang dipersetujui akan mempunyai ikatan, hubungan, dan penguatkuasaan dengan undang-undang.
     tiada kontrak formal bermaksud tiada niat


KETENTUAN/KEPASTIAN

    Sesuatu kontrak yang sah mestilah mengandungi peruntukan yang nyata dan tentu (tidak samar-samar)
    Perjanjijan yang mana, maknanya tertentu atau tidak boleh ditentukan atau boleh difahami oleh sebelah pihak sahaja adalah batal.
    Sebarang perjanjian yang dibuat mestilah difahami atau pun jelas terhadap apa yang dijanjikan dan tidak kabur bagi membolehkan sesuatu perjanjian atau kontrak diteruskan.
   Bagi perjanjian yang kabur atau tidak pasti, kontrak itu akan terbatal sendiri dan tidak boleh dikuatkuasakan.

     Syarat Kepastian

        i. Bahasa yang jelas
      ii. Syarat-syarat kontrak ditentukan
    iii. Ada persetujuan dari kedua belah pihak


KEUPAYAAN

 Seseorang yang layak membuat kontrak mestilah dewasa, berakal sempurna dan tidak
   hilang kelayakan untuk berkontrak (tidak adalah halangan undang-undang untuk berkontrak)
 Umur majoriti-Akta Umur Dewasa 1971 – Had umur dewasa bagi rakyat Malaysia ialah 18 tahun.
 Sekiranya pihak dalam kontrak tersebut belum mencapai umur 18 tahun, maka secara umumnya,
   kontrak tersebut terbatal kerana mereka tidak layak untuk berkontrak.
  seseorang dikatakan berakal untuk berkontrak sekiranya semasa berkontrak, dia memahami yang
   dibuatnya dan berkeupayaan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas
   kepentingannya.