Friday, 2 December 2016

BAB 7 : PELAN KERJAYA ARTIS


Pelan Perancangan Artis
       Pelan

  i.    sering dirujuk sebagai pelan tindakan untuk mengetahui apakah status anda pada masa ini dan ke manakah anda mahu akan pergi.
          ii.   menunjukkan di manakah permulaannya, apakah langkah-langkah yang perlu diikuti, dan
            apakah obejktif akhirnya.
          iii.  menjadi panduan untuk artis dan juga pengurus.
          iv.  mengandungi maklumat tentang artis, objektif kerjaya, senarai langkah-langkah untuk mencapai
            objektif, perancangan pemasaran, perancangan perniagaan, dan lain-lain yang berkaitan dengan
            artis.
           v.    setiap pelan adalah unik untuk seorang artis itu sahaja dan sesuai pada jangkamasa tertentu
            sahaja.

       Secara teorinya jika pelan dirancang dengan baik dan mengikut langkah-langkah dengan betul, objektif akan tercapai.
       Artis baru perlu mempunyai pelan yang diuruskan oleh pengurus artis untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya artis.  

           i.     Industri hiburan kompetitif dan sentiasa berubah dan segala perancangan dalam pelan perlu juga
             berubah iaitu fleksibel dari masa ke semasa untuk mencapai objektif yang ditetapkan.
          ii.     Perubahan perlu dilakukan mengikut trend terkini dan kemungkinan masalah yang dihadapi.
  • ·         Contoh maklumat dalam pelan perancangan


1.       Tentang Artis
·         Genre muzik
·         Biografi
·         Bakat
·         Pengalaman
·         Keunikan artis
2.       Penilaian Artis
·         Kekuatan dan kelemahan artis
·         Peluang dan ancaman
·         Senarai tindakan berdasarkan penilaian artis
3.       Penilaian Pengurus
·         Kekuatan dan kelemahan pengurus
·         Peluang dan ancaman
·         Percanggahan kepentingan
4.       Pembentukan Matlamat dan Jangkamasa
·         Matlamat utama untuk artis (beserta contoh strategi dan taktik untuk mencapainya)
·         Matlamat sampingan untuk menyokong matlamat utama (beserta contoh strategi dan taktik untuk mencapainya)
·         Jangkamasa untuk setiap matlamat
5.       Pembangunan Perancangan Pemasaran
·         Keadaan semasa pasaran industri ini
·         Sasaran pasaran
·         Perancangan terperinci untuk mencapai sasaran pasaran
6.       Rangka Kerja Perniagaan
·         Bentuk perniagaan
·         Keperluan personal
·         Insurans
·         Lain-lain
7.       Perancangan Kewangan
·         Bajet personal untuk artis
·         Bajet untuk pelan kerjaya
8.       Strategi Keluar
·         Tahap kematangan
·         Perancangan untuk penamatan



1. Tentang Artis
  • ·       Artis merupakan individu yang memainkan peranan dalam aktiviti perniagaan dan dikenali sebagai produk berjenama.
  • ·         Pengurus berperanan menentukan nilai komersial bagi artis sebagai produk.
  • ·         Pengurus juga mengetengahkan bakat seseorang artis dalam pasaran.
  • ·         Pasaran dalam konteks ini merujuk kepada kebolehan seseorang artis menarik peminat untuk membeli tiket persembahan, album, dan juga barangan.
  • ·         Maklumat tentang artis merujuk kepada


a)      Genre muzik

         i.            *Artis mesti mengetahui dan memahami
ü  jenis muzik yang dipersembahkan
ü  mengenalpasti golongan sasaran.
ü  permintaan jenis lagu dari golongan sasaran mereka.
ü  masa dan tempat yang sesuai agar penonton dan pendengar menghayati lagunya.

       ii.            *Semua maklumat ini adalah penting bagi setiap artis mengetahuinya untuk meningkatkan kerjayanya.
      iii.           * Bagi pihak pengurus, adalah penting bagi mereka mengenali pasaran genre muzik.
     iv.            *  Selalunya, pengurus akan mencari artis yang berada dalam genre muzik yang mereka faham.


b)      Biografi Artis

         i.         *  Biografi harus dicipta oleh pihak ketiga yang profesional seperti jurnalis.
       ii.          *  Bagi seorang jurnalis yang berpengalaman, beliau berkebolehan menulis latarbelakang asas    
                 seseorang    artis dan dapat membezakan artis dengan masyarakat biasa supaya mereka adalah unik 
                 dan layak bergelar bintang.
      iii.         *  Pada masakini, biografi sudah menjadi sebahagian daripada kit wartawan.
     iv.          *  Biografi seseorang artis akan menjadi salah satu kunci komunikasi pemasaran untuk pengurus     
               *menggunakannya pada masa akan datang.

c)      Bakat

         i.           * Maklumat tentang bakat akan membantu pengurus dan artis menentukan kepelbagaian bakat yang  
                  ada pada seseorang artis itu seperti mencipta lagu dan menulis lirik.
       ii.            * Senarai bakat perlu disediakan secara lebih terperinci termasuk bakat yang dimiliki pada masa lalu.
  • Sebagai contoh, sekiranya seorang artis belajar bermain violin pada zaman sekolah tetapi sudah meninggalkannya selama setahun. Hal ini perlu diambil perhatian kerana ianya boleh dibangunkan semula dan akan menjadi aset kepada artis tersebut.

      iii.            *Maklumat ini juga dijadikan sumber maklumat dalam menggariskan bakat yang tidak dimiliki oleh   
                  artis itu.
     iv.             *  Dengan itu, pengurus boleh merancang untuk mengasah bakat dan kemahiran yang tidak ada untuk       membantu mereka mempunyai kelebihan pada masa depan.
  • Contohnya, sekiranya seseorang artis itu ingin belajar bermain piano, maka kemahiran ini juga boleh dimasukkan dalam perancangan kerjaya artis tersebut. 

                  d)      Pengalaman Artis

         i.          *  Penilaian tentang pengalaman seseorang artis membantu pengurus dan peminat memahami latar     
                belakang seseorang artis yang dapat membantu melancarkan perkembangan kerjaya artis dengan             lebih cepat.
       ii.            *Ramai artis membuat persediaan bertahun-tahun bagi memperolehi profil kerjaya yang berkualiti dan       sesetengah pengalaman tersebut dapat memberikan kelebihan kepada mereka.
      iii.          *  Artis yang mempunyai pengalaman dalam menguruskan kerjaya sendiri sebelum ini membuatkan           mereka mempunyai kelebihan tersendiri.
     iv.            *  Pelbagai pengalaman oleh seseorang artis termasuk:
    
  •   persembahan solo atau muzik latar
  • menulis lagu
  • bermain instrumen
  •  mengurus lawatan
  •  menempah pertunjukan
  • mewujudkan susunan musik
  • membangun dan merancang persembahan pentas
  • persembahan studio
  • membuat akaun kewangan
  • pembangunan dan pengurusan laman web
  • pengurusan media baru
  •  perhubungan media
  •  menghasilkan rakaman


                   e)    Keunikan Artis

·         * Biasanya strategi pemasaran produk adalah untuk mencari keunikan produk tersebut supaya lebih           menonjol dan berbeza dari produk lain.
·         * Produk yang unik adalah senang untuk dipromosikan.
·       *   Begitulah juga dengan artis yang juga sebagai produk. Artis dan pengurus akan menentukan ciri-ciri       unik, berbeza, dan bersifat komersial.
·        *  Jurnalis sering membantu dalam proses ini kerana mereka berpengalaman dalam mencari nilai                 komersil   yang sering diketengahkan oleh media.
·         * Maklumat keunikan artis ini juga akan membantu dalam penentuan golongan sasaran bagi penjualan       tiket dan rakaman.
§  Maklumat ini akan bertambah dari semasa ke semasa


2. Menilai Artis


       Seksyen sebelumnya melihat pada bakat dan kemahiran yang dibawa oleh artis-artis ke dalam kerjaya mereka.
       Seksyen ini menyediakan kritikan dan penilaian pada artis tersebut.
       Seksyen ini tidak berniat untuk mengkritik artis tetapi sebagai penilaian artis tersebut agar mereka mempunyai daya saing.
       Maklumat analisis ini boleh mewujudkan peluang, kelemahan, dan layanan artis tersebut.
       Penggunaan kaedah ini akan memberikan pengurus dan artis tentang ulasan yang jelas berkenaan dengan titik permulaan dan ianya juga membantu menentukan kejayaan pelan ini.

a.       Kekuatan dan kelemahan artis

         i.            Seksyen penilaian artis ini melihat pada faktor dalaman diri artis, bermakna mereka boleh sering             berada dalam kawalan diri artis itu sendiri.
       ii.            Manakala pengurus boleh mengeksploitasi kekuatan tersebut dan dapat memperbaiki kelemahan yang     ada.
      iii.            Ini hanya boleh disenaraikan dalam frasa yang menyerlahkan kedua-dua elemen-elemen penilaian.
o   Sebagai contohnya, kekuatan boleh dimaksudkan sebagai artis yang memiliki karisma dalam persembahan pentas dan temuduga peribadi.
o   Contoh kelemahan adalah mereka yang tidak berpendirian tetap.


b.    Peluang dan ancaman

Ancaman berpotensi untuk menjejaskan bakat artis kerana mereka berada diluar kawalan pengurus
dan diri artis sendiri.
Bakat artis mestilah berstruktur dan mereka dapat berkembang maju atas peluang yang dimiliki 
walaupun terdapat ancaman.
o   Contoh peluang adalah seperti genre muzik artis melihatkan pertumbuhan yang ketara dan ancaman dimaksudkan adalah artis yang mempunyai persembahan yang sama.
o   Cabaran pengurus adalah cubaan untuk memastikan perniagaan sentiasa berkembang maju berdasarkan kepada perubahan teknologi.


                   c. Senarai tindakan berdasarkan penilaian

Senarai tindakan merupakan suatu pembetulan bagi membangunkan bakat seseorang artis.
Pengurus dan artis akan memiliki senarai bakat bagi menentukan bidang kesesuaian artis-artis 
tertentu.
Senarai analisa tentang artis dapat menjelaskan matlamat dan strategi.
Maklumat ini dapat membantu pengurus mengutamakan apakah aktiviti yang perlu dilakukan 
mengikut kesesuaian.


3. Menilai Pengurus

       Bakat artis secara langsung mempunyai kaitan kepada pengurus.
       Pengurus boleh memilih untuk tidak menyediakan maklumat dalam seksyen ini untuk berkongsi dengan artis.
       Pada seksyen ini, pengurus akan memberikan taksiran jujur sama ada beliau mampu menguruskan seseorang artis atau tidak dalam genre muzik pilihan artis.
       Analisa SWOT boleh menjelaskan kelebihan seseorang pengurus.
       Pengurus perlu menjana analisa ini sebagai penilaian berterusan bagi pertumbuhan mereka sebagai seorang pengurus artis.
       Artis pula perlu menjalankan penilaian mereka sendiri dengan menggunakan analisis SWOT supaya mereka boleh berbincang dengan pengurus mengenai perancangan mereka bersama dalam memajukan kerjaya artis.

a) Kekuatan dan Kelemahan Pengurus

       Penilaian pengurus juga menentukan apakah kekuatan dan kelemahan pengurus sendiri.
       Kekuatan akan meningkat dan kelemahan akan berkurangan dari masa ke semasa.
       Pengurus yang tidak memainkan peranan dalam pengurusan artis melihatkan kelemahan yang lebih banyak berbanding peningkatan kekuatan.
       Ianya akan mendedahkan peluang dan keyakinan pengurus untuk mengambil kursus jangka pendek dan seminar ringkas yang bertujuan meningkatkan prestasi pengurus sendiri.
       Pengurus perlu meningkatkan pengetahuan dan kebolehan dalam memajukan kerjaya artis mereka dari masa ke masa.

b) Peluang dan Ancaman

       Analisa ini akan membantu pengurus membangunkan disiplin dengan mengikuti segala perjalanan perniagaan muzik dimana ianya dapat membantu artis.
       Maklumat dalam industri muzik bukan bersifat kekal statik dan pengurus perlu terus menerus membaca semua maklumat yang ada tentang genre artis dalam pelbagai sumber yang ada.
       Contohnya, jika pengurus menawarkan kontrak rakaman terbaru kepada artis baru, pengurus mesti membangunkan satu strategi dengan peguam artis untuk meminimumkan kesan pelbagai ancaman pada pendapatan artis seperti peningkatan kos dan sebagainya.

c) Percanggahan Kepentingan

       Bagi setiap pelan kerjaya, pengurus harus menilai dan mendedahkan kepada artis tentang percanggahan kepentingan (conflic of interest).
       Contohnya, seperti seorang pengurus memiliki sebuah syarikat penerbitan atau sebuah studio rakaman.
       Pengakuan percanggahan di dalam pelan ini boleh mengurangkan perselisihan pendapat yang mungkin boleh menjejaskan hubungan pengurus dan artis berkembang sebagai satu pasukan.



4. Pembentukan Matlamat Dan Jangkamasa

       Dalam seksyen pelan kerjaya, artis dan pengurus akan membuat perbincangan tentang keutamaan kerjaya dalam tempoh masa pendek dan tempoh masa panjang.
       Matlamat artis seharusnya ditetapkan dengan jelas supaya kedua-dua pihak (artis dan pengurus) dapat memahaminya dan mencapai persetujuan bersama.
       Matlamat mestilah bersifat realistik dan dapat disampaikan, serta tempoh masa pencapaian matlamat hendaklah juga realistik kepada apa saja yang akan berlaku untuk menyokong kerjaya artis.

a) Matlamat utama artis dan strategi untuk mencapainya

       Jangkamasa Pendek
o   Penulisan lagu untuk persediaan persembahan adalah contoh matlamat tempoh masa pendek
o   tempoh masa pendek boleh ditentukan lebih kurang dalam masa enam bulan.
o   adalah perlu dipastikan iainya realistik untuk dicapai
       Jangkamasa Sederhana
o   Contohnya membuat persembahan pembukaan bagi artis ternama.
o   Langkah-langkah utama untuk membolehkan artis mencapai matlamat tersebut berkemungkinan perlu merekrut pemuzik, raptai, membuat tempahan untuk mendapat pengalaman persembahan, dan membuat rakaman untuk peminat-peminat.
o   Bajet perlu disediakan iaitu untuk menampung pembelanjaan tersebut.

       Jangkamasa Panjang
       Matlamat jangka panjang seperti untuk menjadi terkenal.
       Akan berlaku dalam lapan belas bulan atau dua tahun atau lebih.
       Langkah-langkah untuk membawa artis ke tahap ini sama ada di peringkat nasional atau serantau adalah dengan mendapatkan peningkatan peminat tempatan dan serantau, pemprosesan rakaman kedua, mewujudkan pertunjukan pentas yang besar, dan mencari tempahan persembahan di tempat-tempat yang lebih besar.
       Contoh lain seperti mendapat kontrak rakaman utama, mendapat kontrak penerbitan, mendapat perjanjian lakonan filem atau televisyen atau apa-apa yang artis percaya ada kemungkinannya.
       Dengan itu, pengurus boleh menyokong pencapaian matlamat dengan mewujudkan satu pelan kerjaya untuk artis.


b) Matlamat Sampingan

       Matlamat sampingan, iaitu apabila matlamat-matlamat utama dicapai, matlamat-matlamat sampingan ini akan memberi hasil dan impak.

       Contoh, seorang artis mungkin mahu belajar untuk menulis lagu, dan ia akan menjadi matlamat sampingan kepada matlamat utama untuk mendapatkan perjanjian penerbitan penulisan lagu.
       Selain itu, artis tersebut juga mahu belajar untuk bermain instrumen. Matlamat ini akan menyokongnya membawa unsur instrumen muzik ke dalam persembahan pentas artis.
       Contoh lain, matlamat artis untuk mendapatkan pengalaman di studio boleh menjadi satu matlamat jangka pendek yang akan menyokong matlamat yang lebih besar seperti menyanyi demo atau rakaman album.

       Setiap matlamat ini memerlukan satu strategi dengan jadual masa untuk memastikan bahawa artis dapat menumpu perhatian dan fokus pada sasaran.
       Dengan strategi yang dirumuskan, tugas harian yang dipanggil taktik perlu disenaraikan untuk memastikan masa, belanjawan, dan tenaga dapat menyokong strategi artis mencapai matlamat dan dipersetujui oleh pengurus.


c) Menetapkan Jangka Masa

       Matlamat mestilah disediakan dengan nama, tarikh mula, dan tarikh siap supaya lebih jelas.
o   Jangka masa boleh menentukan sama ada terdapat terlalu banyak atau sedikit hal yang berlaku pada masa-masa tertentu, dan pelarasan boleh dilakukan.
o   Proses pelarasan boleh mengelakkan pertindihan perkara yang perlu dilakukan pada masa yang sama.

       Tempoh masa bagi setiap matlamat perlu diwujudkan diikuti oleh jangka masa induk yang menggabungkan tarikh mula dan akhir untuk semua matlamat utama.
o   Pengurus artis boleh mencari perisian penjadualan yang boleh digunakan
o   Jadual yang telah ditetapkan perlu dipatuhi dan boleh diukur untuk menentukan kemajuan sama ada mencapai matlamat.

       Setiap matlamat akan mempunyai kos dari segi wang atau masa.
o   Sebagai contoh, jika matlamat adalah mencipta lagu, ini bermakna artis mungkin tidak mempunyai masa untuk melakukannya sementara membuat persembahan.
o   Kos tidak langsung seperti ini boleh menjadi ketara.
o   Contohnya, matlamatnya adalah untuk belajar bermain piano sebagai ciri-ciri tambahan untuk persembahan pentas artis. Sebagai pengurus, ini perlu diambilkira sebagai kos dari segi wang dan masa.


5. Pembangunan Pelan Pemasaran

       Kebanyakan kerja pengurus artis adalah sebagai jurujual dan promoter.
       Jadi salah satu elemen utama yang perlu dimasukkan dalam pelan kerjaya artis ialah pembangunan pelan pemasaran untuk artis.
       Pelan ini perlu melihat persekitaran perniagaan industri hiburan dan artis perlu menonjol di golongan sasaran pasaran, atau peminat, di mana wang sebenarnya akan menjadi asas untuk menyokong kerjaya artis tersebut.

a) Keadaan semasa pasaran industri

  • Sumber maklumat sekunder seperti majalah, jurnal, dan buku boleh memberikan maklumat untuk menilai genre muzik terkini dan menjana idea bagaimana untuk meletakkan artis untuk menjadi sebahagian daripada keadaan itu.
  • Pengurus juga perlu untuk mengetahui prestasi jualan semasa untuk artis dibawah pengurusannya dan juga artis-artis lain.
    • Sebagai contoh, pengurus artis yang baru perlu melihat data jualan untuk artis baru lain dan melihat sama ada mereka mempunyai kejayaan jualan. Selain itu, pengurus juga perlu melihat data untuk jualan tiket persembahan untuk artis-artis lain juga. Disebabkan setiap artis adalah berbeza, melihat data jualan boleh digunakan oleh pengurus sebagai titik rujukan.
  • Selain itu, kajian berkenaan artis dalam genre yang sama juga boleh mengetahui maklumat berhubung dengan bilangan artis lain yang bersaing.
    • Maklumat persaingan dapat memberi pengurus tentang maklumat untuk mencari peluang-peluang untuk artisnya.
  • Keadaan pasaran dalam radio juga perlu dikenalpasti. Jika satu-satu stesen radio tidak sokong genre muzik artis, promosi akan menjadi sangat berbeza berbanding dengan stesen radio yang menyokong.
o   Arbitron, satu sistem perkhidmatan pengukuran penonton radio di Amerika Syarikat, memberikan maklumat terkini tentang pasaran muzik mengikut genre (http://www.arbitron.com).
  • Pengurus juga perlu melihat peluang dalam pasaran antarabangsa.
o   Pasaran untuk bahasa Inggeris harus melihat ialah ke arah negara seperti United Kingdom, Australia, Kanada, dan Amerika Syarikat, iaitu negara yang dikenali sebagai negara yang akan menyokong pembelian muzik rekod dan tiket konsert.
o   Walau bagaimanapun, terdapat keadaan di mana terdapat juga pasaran di negara-negara lain. Terpulang kepada pengurus artis untuk mencari peluang seperti ini untuk artis, dan terpulang kepada artis untuk pertimbangan.


b) Pasaran sasaran untuk artis

       Penerangan tentang golongan sasaran pasaran untuk muzik artis.
o   Jika golongan sasaran ditentukan, peminat akan semakin meningkat dan meluas.
o   Contohnya, kerjaya artis selama empat tahun lepas yang dulu peminatnya dalam sekolah menengah, tetapi kini  mungkin menjadi senior di kolej.
o   Junior eksekutif yang berumur 27 dahulu mungkin kini sudah berusia 31 tahun.
o   Perubahan demografi ini mentakrifkan peminat muzik, gaya hidup kini, dan nilai-nilai peminat. Oleh itu, pelan diperlukan untuk memastikan artis kekal relevan dan terkini.
       Beberapa perkembangan yang perlu diambil perhatian:
o   teknologi seperti penggunaan platform media baru,
o   jenis media yang digunakan,
o   perubahan sosial,
o   demografi,
o   lain-lain perubahan yang akan berlaku kepada peminat.
       Oleh itu, struktur pelan seksyen ini perlu dimasukkan penerangan yang sangat khusus tentang peminat semasa dan jangkaan masa depan.

c) Pelan terperinci untuk mencapai sasaran

       Pasukan artis dan pengurus perlu memberi input.
       Berdasarkan matlamat yang telah ditetapkan oleh artis dan membuat butiran yang diperlukan untuk mewujudkan satu pelan yang munasabah.
       Bahagian ini akan menjadi bahagian terbesar dokumen pelan kerjaya artis.
       Ia akan menjelaskan taktik dan tindakan yang perlu untuk menyokong strategi bagi mencapai matlamat.
       Untuk pengurus, maklumat ini akan terus menjadi rujukan pengurusan kerjaya artis seharian.
       Untuk artis, ia adalah panduan berterusan untuk menjelaskan tanggungjawabnya untuk mencapai kejayaan.
       Bahagian ini juga mungkin akan menjadi bahagian yang memerlukan semakan dari masa ke semasa.
o   Perubahan berterusan boleh dilakukan secara bulanan atau mingguan mengikut realiti perubahan terkini.


6. Rangka Kerja Perniagaan

Bentuk Perniagaan : 
       Perbincangan antara pengurus perniagaan, akauntan, dan peguam akan mencadangkan rangka perniagaan yang paling sesuai untuk artis.
       Rangka kerja perniagaan perlu dilihat jauh ke hadapan untuk mencapai matlamat.
       Bentuk perniagaan yang dicadangkan mungkin serupa seperti dalam bentuk peniaga tunggal, syarikat persendirian, perkongsian individu, atau syarikat liabiliti terhad.

a) Keperluan Personel

       Pada peringkat awal kerjaya artis, adalah perlu untuk mendapatkan nasihat terlebih dahulu dari ahli pasukan bagi melancarkan aktiviti-aktiviti perniagaan yang berkaitan dengan artis.
       Nasihat tersebut bertujuan untuk melicinkan lagi perancangan dan belanjawan, dengan bidang kepakaran masing-masing menjadi sebahagian tetap kumpulan sokongan untuk artis.
o   Sebagai contoh, seorang jurnalis yang diperlukan untuk artis, tetapi mereka juga boleh menjadi bahagian yang terus menyokong pasukan dalam konsert, persembahan, dan perkara-perkara lain.
       Profesion yang diperlukan untuk menjadi sebahagian daripada satu pasukan pengurusan artis seperti jurnalis, pengurus media baru, seorang peguam, jurubank, akauntan, webmaster, ejen insurans, pengurus pernigaan, pengurus pelancongan, ejen, perunding imej, pereka pertunjukan, jurusolek, kumpulan band atau latar, dll.
       Setiap profesion yang dicadangkan harus dibuat perancangan kos yang berkaitan dengan perkhidmatan mereka kepada artis.

b) Isurans

       Pelan ini harus merangkumi pengambilan insurans yang diperlukan berdasarkan pengalaman pengurusan dan nasihat daripada ejen insurans yang berkhidmat dalam pasukan.
       Beberapa perlindungan insurans yang tidak akan diperlukan pada permulaan kerjaya, tetapi harus dimasukkan ke dalam rancangan itu dengan tarikh jangkaan dan di mana ia akan diperlukan disertakan dengan anggaran kos.

c) Lain-lain

       Pengurus juga boleh mencadangkan untuk memasukkan maklumat tentang keahlian dalam persatuan dan juga organisasi profesional, langganan majalah dan web, dan juga lain-lain berkaitan.  


7.Perancangan Kewangan

Bajet Personel

       Perlu memasukkan juga maklumat bajet kewangan peribadi artis kerana ialah adalah keperluan artis dari bajet sedia ada.
       Bajet ini menjadi bajet tahunan yang dibahagikan kepada setiap bulan, dan ia adalah penting kerana menjadi rutin hidup biasa seseorang artis.

Bajet Untuk Pelan Kerjaya

       Bajet merangkumi semua aspek dalam apa jua bentuk dan proses untuk menetapkan keutamaan.
       Artis dan pengurus mesti memutuskan penggunaan bajet paling penting untuk memenuhi objektif kerjaya artis.
       Bagaimana menggunakan sumber-sumber yang diperolehi untuk memenuhi matlamat pelan ini?
       Maklumat penting: masa, jumlah pendapatan, dan jumlah perbelanjaan.
       Bajet biasanya untuk tempoh masa tiga tahun.
       Tahun pertama: biasanya akan mengikut anggaran yang ditetapkan, harus menunjukkan pendapatan dan perbelanjaan mengikut bulan supaya pengurus boleh mengesan sumber-sumber yang sedia ada untuk pembayaran tertentu dan mungkin menangguhkan beberapa perbelanjaan apabila pendapatan tidak seiring dengan masa pendapatan.
       Apabila anggaran belanjawan bulanan adalah lengkap, ini akan menjadi input untuk bajet tahunan akan datang.
       Tahun kedua dan ketiga harus dipecahkan mengikut suku tahun untuk menunjukkan masa pendapatan dan perbelanjaan.
       Tahun ketiga akan mempunyai perubahan anggaran pendapatan dan perbelanjaan.
       Sebahagian kos biasanya melibatkan perbelanjaan utama termasuklah bajet peribadi untuk artis, perbelanjaan perjalanan, kos kakitangan, kos rakaman, dan semua kos yang berkaitan dengan pelan kerjaya ini.


8. Strategi Keluar

a) Strategi Keluar

       Strategi keluar adalah pelan yang akan digunakan pengurusan apabila hubungan perniagaan dengan artis sampai ke penghujungnya kerana tidak ada lagi kepentingan perniagaan.
       Ini tidak bermakna berakhirnya hubungan peribadi, tetapi pengurus mendapati bahawa perniagaan artis sudah tidak mendatangkan keuntungan lagi.
       Strategi keluar tidak mempunyai jangka masa dan tarikh tertentu untuk pengurus melaksanakannya.
       Keadaan sesuatu situasi yang menentukan strategi keluar akan dilaksanakan.

b) Artis dalam kerjaya yang telah matang

       Pelan kerjaya artis mesti mengandaikan perbezaan antara kerjaya terulung artis dan kerjaya yang telah matang.
       Kerjaya terulung artis termasuklah aktiviti membina kumpulan peminat, jelajah konsert, dan mengeluarkan rakaman baru secara tetap.
       Jika pelan artis dan pengurus menunjukkan kerjaya hampir ke tahap penurunan, proses membangunkan perancangan semasa kerjaya matang akan membantu persediaan seseorang artis itu nanti.
       Dalam hal ini, artis dan pengurus perlu mengumpul semua aset dalam kerjaya terutamanya untuk kegunaan pada masa akan datang.
       Sebagai contoh, pengurus perlu membina arkib audio dan video persembahan dan rakaman, bermula dengan demo terawal.
       Barang-barang ini perlu dilindungi dari kerosakan dan disimpan di tempat yang selamat.
       Barang-barang tersebut akan sangat berguna kepada artis bergantung pada tempoh semasa kejayaan untuk menjana keuntungan di kemudian hari.
c) Perancangan oleh pengurus untuk menamatkan hubungan

        Apabila perniagaan antara artis dan pengurus berakhir, pengurus mesti melihat ini secara serius untuk faedah bersama.
       Situasi berlaku apabila:
·         Masa yang dilaburkan bagi pihak artis yang tidak produktif,
·         Untuk mengurangkan kerugian yang ditanggung dan cuba untuk menjaga kerjaya masing-masing.
·         Kemungkinan bahawa artis akan memilih untuk beralih kepada pengurus lain.

       Pengurus perlu mempertimbangkan apakah kriteria yang akan digunakan untuk membuat keputusan tersebut. Ia adalah lebih sukar kerana ia adalah lebih bersifat peribadi.
       Dalam dunia hiburan, biasanya pengurus artis digantikan selepas tiga atau empat tahun bukan kerana mereka tidak mampu, tetapi kerana persaingan diri dalam perniagaan muzik.
  •        Bertujuan boleh membantu kerjaya mereka sendiri dan mempunyai strategi lain yang berbeza.