BAB 7 : PELAN KERJAYA ARTIS
Pelan Perancangan Artis
• Pelan
i. sering
dirujuk sebagai pelan tindakan untuk mengetahui apakah status anda pada masa
ini dan ke manakah anda mahu akan pergi.
ii. menunjukkan
di manakah permulaannya, apakah langkah-langkah yang perlu diikuti, dan
apakah
obejktif akhirnya.
iii. menjadi
panduan untuk artis dan juga pengurus.
iv. mengandungi
maklumat tentang artis, objektif kerjaya, senarai langkah-langkah untuk
mencapai
objektif, perancangan pemasaran, perancangan perniagaan, dan lain-lain
yang berkaitan dengan
artis.
v. setiap
pelan adalah unik untuk seorang artis itu sahaja dan sesuai pada jangkamasa
tertentu
sahaja.
• Secara teorinya jika pelan dirancang
dengan baik dan mengikut langkah-langkah dengan betul, objektif akan tercapai.
• Artis baru perlu mempunyai pelan yang
diuruskan oleh pengurus artis untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya artis.
i. Industri
hiburan kompetitif dan sentiasa berubah dan segala perancangan dalam pelan
perlu juga
berubah iaitu fleksibel dari masa ke semasa untuk mencapai objektif
yang ditetapkan.
ii. Perubahan
perlu dilakukan mengikut trend terkini dan kemungkinan masalah yang dihadapi.
- · Contoh maklumat dalam pelan perancangan
1. Tentang Artis
|
·
Genre
muzik
·
Biografi
·
Bakat
|
·
Pengalaman
·
Keunikan
artis
|
2. Penilaian Artis
|
·
Kekuatan
dan kelemahan artis
·
Peluang
dan ancaman
|
·
Senarai
tindakan berdasarkan penilaian artis
|
3. Penilaian Pengurus
|
·
Kekuatan
dan kelemahan pengurus
·
Peluang
dan ancaman
|
·
Percanggahan
kepentingan
|
4. Pembentukan Matlamat dan Jangkamasa
|
·
Matlamat
utama untuk artis (beserta contoh strategi dan taktik untuk mencapainya)
|
·
Matlamat
sampingan untuk menyokong matlamat utama (beserta contoh strategi dan taktik
untuk mencapainya)
·
Jangkamasa
untuk setiap matlamat
|
5. Pembangunan Perancangan Pemasaran
|
·
Keadaan
semasa pasaran industri ini
·
Sasaran
pasaran
|
·
Perancangan
terperinci untuk mencapai sasaran pasaran
|
6. Rangka Kerja Perniagaan
|
·
Bentuk
perniagaan
·
Keperluan
personal
|
·
Insurans
·
Lain-lain
|
7. Perancangan Kewangan
|
·
Bajet
personal untuk artis
·
Bajet
untuk pelan kerjaya
|
|
8. Strategi Keluar
|
·
Tahap
kematangan
·
Perancangan
untuk penamatan
|
1. Tentang
Artis
- · Artis merupakan individu yang memainkan peranan dalam aktiviti perniagaan dan dikenali sebagai produk berjenama.
- · Pengurus berperanan menentukan nilai komersial bagi artis sebagai produk.
- · Pengurus juga mengetengahkan bakat seseorang artis dalam pasaran.
- · Pasaran dalam konteks ini merujuk kepada kebolehan seseorang artis menarik peminat untuk membeli tiket persembahan, album, dan juga barangan.
- · Maklumat tentang artis merujuk kepada
a)
Genre
muzik
i. *Artis
mesti mengetahui dan memahami
ü
jenis
muzik yang dipersembahkan
ü
mengenalpasti
golongan sasaran.
ü
permintaan
jenis lagu dari golongan sasaran mereka.
ü
masa
dan tempat yang sesuai agar penonton dan pendengar menghayati lagunya.
ii. *Semua
maklumat ini adalah penting bagi setiap artis mengetahuinya untuk meningkatkan
kerjayanya.
iii. * Bagi
pihak pengurus, adalah penting bagi mereka mengenali pasaran genre muzik.
iv. * Selalunya,
pengurus akan mencari artis yang berada dalam genre muzik yang mereka faham.
b)
Biografi
Artis
i. * Biografi
harus dicipta oleh pihak ketiga yang profesional seperti jurnalis.
ii. * Bagi
seorang jurnalis yang berpengalaman, beliau berkebolehan menulis latarbelakang
asas
seseorang artis dan dapat membezakan artis dengan masyarakat biasa supaya
mereka adalah unik
dan layak bergelar bintang.
iii. * Pada
masakini, biografi sudah menjadi sebahagian daripada kit wartawan.
iv. * Biografi
seseorang artis akan menjadi salah satu kunci komunikasi pemasaran untuk
pengurus
*menggunakannya pada masa akan datang.
c)
Bakat
i. * Maklumat
tentang bakat akan membantu pengurus dan artis menentukan kepelbagaian bakat yang
ada pada seseorang artis itu seperti mencipta lagu dan menulis lirik.
ii. * Senarai
bakat perlu disediakan secara lebih terperinci termasuk bakat yang dimiliki
pada masa lalu.
- Sebagai contoh, sekiranya seorang artis belajar bermain violin pada zaman sekolah tetapi sudah meninggalkannya selama setahun. Hal ini perlu diambil perhatian kerana ianya boleh dibangunkan semula dan akan menjadi aset kepada artis tersebut.
iii. *Maklumat
ini juga dijadikan sumber maklumat dalam menggariskan bakat yang tidak dimiliki
oleh
artis itu.
iv. * Dengan
itu, pengurus boleh merancang untuk mengasah bakat dan kemahiran yang tidak ada
untuk membantu mereka mempunyai kelebihan pada masa depan.
- Contohnya, sekiranya seseorang artis itu ingin belajar bermain piano, maka kemahiran ini juga boleh dimasukkan dalam perancangan kerjaya artis tersebut.
d) Pengalaman Artis
i. * Penilaian
tentang pengalaman seseorang artis membantu pengurus dan peminat memahami latar
belakang seseorang artis yang dapat membantu melancarkan perkembangan kerjaya
artis dengan lebih cepat.
ii. *Ramai
artis membuat persediaan bertahun-tahun bagi memperolehi profil kerjaya yang
berkualiti dan sesetengah pengalaman tersebut dapat memberikan kelebihan kepada
mereka.
iii. * Artis
yang mempunyai pengalaman dalam menguruskan kerjaya sendiri sebelum ini
membuatkan mereka mempunyai kelebihan tersendiri.
iv. * Pelbagai
pengalaman oleh seseorang artis termasuk:
- persembahan solo atau muzik latar
- menulis lagu
- bermain instrumen
- mengurus lawatan
- menempah pertunjukan
- mewujudkan susunan musik
- membangun dan merancang persembahan pentas
- persembahan studio
- membuat akaun kewangan
- pembangunan dan pengurusan laman web
- pengurusan media baru
- perhubungan media
- menghasilkan rakaman
e) Keunikan Artis
· * Biasanya
strategi pemasaran produk adalah untuk mencari keunikan produk tersebut supaya
lebih menonjol dan berbeza dari produk lain.
· * Produk
yang unik adalah senang untuk dipromosikan.
· * Begitulah
juga dengan artis yang juga sebagai produk. Artis dan pengurus akan menentukan ciri-ciri unik, berbeza, dan bersifat komersial.
· * Jurnalis
sering membantu dalam proses ini kerana mereka berpengalaman dalam mencari
nilai komersil yang sering diketengahkan oleh media.
· * Maklumat
keunikan artis ini juga akan membantu dalam penentuan golongan sasaran bagi
penjualan tiket dan rakaman.
§
Maklumat
ini akan bertambah dari semasa ke semasa
2. Menilai Artis
• Seksyen sebelumnya melihat pada bakat dan
kemahiran yang dibawa oleh artis-artis ke dalam kerjaya mereka.
• Seksyen ini menyediakan kritikan dan
penilaian pada artis tersebut.
• Seksyen ini tidak berniat untuk mengkritik
artis tetapi sebagai penilaian artis tersebut agar mereka mempunyai daya saing.
• Maklumat analisis ini boleh mewujudkan
peluang, kelemahan, dan layanan artis tersebut.
• Penggunaan kaedah ini akan memberikan
pengurus dan artis tentang ulasan yang jelas berkenaan dengan titik permulaan
dan ianya juga membantu menentukan kejayaan pelan ini.
a.
Kekuatan
dan kelemahan artis
i.
Seksyen
penilaian artis ini melihat pada faktor dalaman diri artis, bermakna mereka
boleh sering berada dalam kawalan diri artis itu sendiri.
ii.
Manakala
pengurus boleh mengeksploitasi kekuatan tersebut dan dapat memperbaiki
kelemahan yang ada.
iii.
Ini
hanya boleh disenaraikan dalam frasa yang menyerlahkan kedua-dua elemen-elemen
penilaian.
o
Sebagai
contohnya, kekuatan boleh dimaksudkan sebagai artis yang memiliki karisma dalam
persembahan pentas dan temuduga peribadi.
o
Contoh
kelemahan adalah mereka yang tidak berpendirian tetap.
b. Peluang dan
ancaman
Ancaman berpotensi untuk menjejaskan bakat
artis kerana mereka berada diluar kawalan pengurus
dan diri artis sendiri.
Bakat artis mestilah berstruktur dan
mereka dapat berkembang maju atas peluang yang dimiliki
walaupun terdapat ancaman.
o Contoh peluang adalah seperti genre muzik
artis melihatkan pertumbuhan yang ketara dan ancaman dimaksudkan adalah artis
yang mempunyai persembahan yang sama.
o Cabaran pengurus adalah cubaan untuk
memastikan perniagaan sentiasa berkembang maju berdasarkan kepada perubahan
teknologi.
c. Senarai
tindakan berdasarkan penilaian
Senarai tindakan merupakan suatu
pembetulan bagi membangunkan bakat seseorang artis.
Pengurus dan artis akan memiliki senarai
bakat bagi menentukan bidang kesesuaian artis-artis
tertentu.
Senarai analisa tentang artis dapat
menjelaskan matlamat dan strategi.
Maklumat ini dapat membantu pengurus
mengutamakan apakah aktiviti yang perlu dilakukan
mengikut kesesuaian.
3. Menilai Pengurus
• Bakat artis secara langsung mempunyai
kaitan kepada pengurus.
• Pengurus boleh memilih untuk tidak
menyediakan maklumat dalam seksyen ini untuk berkongsi dengan artis.
• Pada seksyen ini, pengurus akan memberikan
taksiran jujur sama ada beliau mampu menguruskan seseorang artis atau tidak
dalam genre muzik pilihan artis.
• Analisa SWOT boleh menjelaskan kelebihan
seseorang pengurus.
• Pengurus perlu menjana analisa ini sebagai
penilaian berterusan bagi pertumbuhan mereka sebagai seorang pengurus artis.
• Artis pula perlu menjalankan penilaian
mereka sendiri dengan menggunakan analisis SWOT supaya mereka boleh berbincang
dengan pengurus mengenai perancangan mereka bersama dalam memajukan kerjaya
artis.
a) Kekuatan
dan Kelemahan Pengurus
• Penilaian pengurus juga menentukan apakah
kekuatan dan kelemahan pengurus sendiri.
• Kekuatan akan meningkat dan kelemahan akan
berkurangan dari masa ke semasa.
• Pengurus yang tidak memainkan peranan
dalam pengurusan artis melihatkan kelemahan yang lebih banyak berbanding
peningkatan kekuatan.
• Ianya akan mendedahkan peluang dan
keyakinan pengurus untuk mengambil kursus jangka pendek dan seminar ringkas
yang bertujuan meningkatkan prestasi pengurus sendiri.
• Pengurus perlu meningkatkan pengetahuan
dan kebolehan dalam memajukan kerjaya artis mereka dari masa ke masa.
b) Peluang dan Ancaman
• Analisa ini akan membantu pengurus
membangunkan disiplin dengan mengikuti segala perjalanan perniagaan muzik
dimana ianya dapat membantu artis.
• Maklumat dalam industri muzik bukan
bersifat kekal statik dan pengurus perlu terus menerus membaca semua maklumat
yang ada tentang genre artis dalam pelbagai sumber yang ada.
• Contohnya, jika pengurus menawarkan
kontrak rakaman terbaru kepada artis baru, pengurus mesti membangunkan satu
strategi dengan peguam artis untuk meminimumkan kesan pelbagai ancaman pada
pendapatan artis seperti peningkatan kos dan sebagainya.
c) Percanggahan Kepentingan
• Bagi setiap pelan kerjaya, pengurus harus
menilai dan mendedahkan kepada artis tentang percanggahan kepentingan (conflic
of interest).
• Contohnya, seperti seorang pengurus
memiliki sebuah syarikat penerbitan atau sebuah studio rakaman.
• Pengakuan percanggahan di dalam pelan ini
boleh mengurangkan perselisihan pendapat yang mungkin boleh menjejaskan
hubungan pengurus dan artis berkembang sebagai satu pasukan.
4.
Pembentukan Matlamat Dan Jangkamasa
• Dalam seksyen pelan kerjaya, artis dan
pengurus akan membuat perbincangan tentang keutamaan kerjaya dalam tempoh masa pendek
dan tempoh masa panjang.
• Matlamat artis seharusnya ditetapkan
dengan jelas supaya kedua-dua pihak (artis dan pengurus) dapat memahaminya dan
mencapai persetujuan bersama.
• Matlamat mestilah bersifat realistik dan
dapat disampaikan, serta tempoh masa pencapaian matlamat hendaklah juga
realistik kepada apa saja yang akan berlaku untuk menyokong kerjaya artis.
a) Matlamat utama artis
dan strategi untuk mencapainya
• Jangkamasa Pendek
o Penulisan lagu untuk persediaan
persembahan adalah contoh matlamat tempoh masa pendek
o tempoh masa pendek boleh ditentukan lebih
kurang dalam masa enam bulan.
o adalah perlu dipastikan iainya realistik
untuk dicapai
• Jangkamasa Sederhana
o Contohnya membuat persembahan pembukaan
bagi artis ternama.
o Langkah-langkah utama untuk membolehkan artis
mencapai matlamat tersebut berkemungkinan perlu merekrut pemuzik, raptai,
membuat tempahan untuk mendapat pengalaman persembahan, dan membuat rakaman
untuk peminat-peminat.
o Bajet perlu disediakan iaitu untuk
menampung pembelanjaan tersebut.
• Jangkamasa Panjang
• Matlamat jangka panjang seperti untuk
menjadi terkenal.
• Akan berlaku dalam lapan belas bulan atau
dua tahun atau lebih.
• Langkah-langkah untuk membawa artis ke tahap
ini sama ada di peringkat nasional atau serantau adalah dengan mendapatkan
peningkatan peminat tempatan dan serantau, pemprosesan rakaman kedua,
mewujudkan pertunjukan pentas yang besar, dan mencari tempahan persembahan di
tempat-tempat yang lebih besar.
• Contoh lain seperti mendapat kontrak
rakaman utama, mendapat kontrak penerbitan, mendapat perjanjian lakonan filem
atau televisyen atau apa-apa yang artis percaya ada kemungkinannya.
• Dengan itu, pengurus boleh menyokong
pencapaian matlamat dengan mewujudkan satu pelan kerjaya untuk artis.
b) Matlamat Sampingan
• Matlamat sampingan, iaitu apabila
matlamat-matlamat utama dicapai, matlamat-matlamat sampingan ini akan memberi
hasil dan impak.
• Contoh, seorang artis mungkin mahu belajar
untuk menulis lagu, dan ia akan menjadi matlamat sampingan kepada matlamat
utama untuk mendapatkan perjanjian penerbitan penulisan lagu.
• Selain itu, artis tersebut juga mahu
belajar untuk bermain instrumen. Matlamat ini akan menyokongnya membawa unsur
instrumen muzik ke dalam persembahan pentas artis.
• Contoh lain, matlamat artis untuk
mendapatkan pengalaman di studio boleh menjadi satu matlamat jangka pendek yang
akan menyokong matlamat yang lebih besar seperti menyanyi demo atau rakaman
album.
• Setiap matlamat ini memerlukan satu
strategi dengan jadual masa untuk memastikan bahawa artis dapat menumpu
perhatian dan fokus pada sasaran.
• Dengan strategi yang dirumuskan, tugas
harian yang dipanggil taktik perlu disenaraikan untuk memastikan masa,
belanjawan, dan tenaga dapat menyokong strategi artis mencapai matlamat dan
dipersetujui oleh pengurus.
c) Menetapkan Jangka Masa
• Matlamat mestilah disediakan dengan nama,
tarikh mula, dan tarikh siap supaya lebih jelas.
o Jangka masa boleh menentukan sama ada
terdapat terlalu banyak atau sedikit hal yang berlaku pada masa-masa tertentu,
dan pelarasan boleh dilakukan.
o Proses pelarasan boleh mengelakkan
pertindihan perkara yang perlu dilakukan pada masa yang sama.
• Tempoh masa bagi setiap matlamat perlu
diwujudkan diikuti oleh jangka masa induk yang menggabungkan tarikh mula dan
akhir untuk semua matlamat utama.
o Pengurus artis boleh mencari perisian
penjadualan yang boleh digunakan
o Jadual yang telah ditetapkan perlu
dipatuhi dan boleh diukur untuk menentukan kemajuan sama ada mencapai matlamat.
• Setiap matlamat akan mempunyai kos dari
segi wang atau masa.
o Sebagai contoh, jika matlamat adalah
mencipta lagu, ini bermakna artis mungkin tidak mempunyai masa untuk
melakukannya sementara membuat persembahan.
o Kos tidak langsung seperti ini boleh
menjadi ketara.
o Contohnya, matlamatnya adalah untuk
belajar bermain piano sebagai ciri-ciri tambahan untuk persembahan pentas
artis. Sebagai pengurus, ini perlu diambilkira sebagai kos dari segi wang dan
masa.
5. Pembangunan Pelan Pemasaran
• Kebanyakan kerja pengurus artis adalah
sebagai jurujual dan promoter.
• Jadi salah satu elemen utama yang perlu
dimasukkan dalam pelan kerjaya artis ialah pembangunan pelan pemasaran untuk
artis.
• Pelan ini perlu melihat persekitaran
perniagaan industri hiburan dan artis perlu menonjol di golongan sasaran
pasaran, atau peminat, di mana wang sebenarnya akan menjadi asas untuk
menyokong kerjaya artis tersebut.
a) Keadaan semasa
pasaran industri
- Sumber maklumat sekunder seperti majalah, jurnal, dan buku boleh memberikan maklumat untuk menilai genre muzik terkini dan menjana idea bagaimana untuk meletakkan artis untuk menjadi sebahagian daripada keadaan itu.
- Pengurus juga perlu untuk mengetahui prestasi jualan semasa untuk artis dibawah pengurusannya dan juga artis-artis lain.
- Sebagai contoh, pengurus artis yang baru perlu melihat data jualan untuk artis baru lain dan melihat sama ada mereka mempunyai kejayaan jualan. Selain itu, pengurus juga perlu melihat data untuk jualan tiket persembahan untuk artis-artis lain juga. Disebabkan setiap artis adalah berbeza, melihat data jualan boleh digunakan oleh pengurus sebagai titik rujukan.
- Selain itu, kajian berkenaan artis dalam genre yang sama juga boleh mengetahui maklumat berhubung dengan bilangan artis lain yang bersaing.
- Maklumat persaingan dapat memberi pengurus tentang maklumat untuk mencari peluang-peluang untuk artisnya.
- Keadaan pasaran dalam radio juga perlu dikenalpasti. Jika satu-satu stesen radio tidak sokong genre muzik artis, promosi akan menjadi sangat berbeza berbanding dengan stesen radio yang menyokong.
o
Arbitron,
satu sistem perkhidmatan pengukuran penonton radio di Amerika Syarikat,
memberikan maklumat terkini tentang pasaran muzik mengikut genre (http://www.arbitron.com).
- Pengurus juga perlu melihat peluang dalam pasaran antarabangsa.
o
Pasaran
untuk bahasa Inggeris harus melihat ialah ke arah negara seperti United
Kingdom, Australia, Kanada, dan Amerika Syarikat, iaitu negara yang dikenali
sebagai negara yang akan menyokong pembelian muzik rekod dan tiket konsert.
o
Walau
bagaimanapun, terdapat keadaan di mana terdapat juga pasaran di negara-negara
lain. Terpulang kepada pengurus artis untuk mencari peluang seperti ini untuk
artis, dan terpulang kepada artis untuk pertimbangan.
b) Pasaran
sasaran untuk artis
• Penerangan tentang golongan sasaran
pasaran untuk muzik artis.
o Jika golongan sasaran ditentukan, peminat
akan semakin meningkat dan meluas.
o Contohnya, kerjaya artis selama empat
tahun lepas yang dulu peminatnya dalam sekolah menengah, tetapi kini mungkin menjadi senior di kolej.
o Junior eksekutif yang berumur 27 dahulu
mungkin kini sudah berusia 31 tahun.
o Perubahan demografi ini mentakrifkan
peminat muzik, gaya hidup kini, dan nilai-nilai peminat. Oleh itu, pelan
diperlukan untuk memastikan artis kekal relevan dan terkini.
• Beberapa perkembangan yang perlu diambil perhatian:
o teknologi seperti penggunaan platform
media baru,
o jenis media yang digunakan,
o perubahan sosial,
o demografi,
o lain-lain perubahan yang akan berlaku
kepada peminat.
• Oleh itu, struktur pelan seksyen ini perlu
dimasukkan penerangan yang sangat khusus tentang peminat semasa dan jangkaan
masa depan.
c) Pelan
terperinci untuk mencapai sasaran
• Pasukan artis dan pengurus perlu memberi
input.
• Berdasarkan matlamat yang telah ditetapkan
oleh artis dan membuat butiran yang diperlukan untuk mewujudkan satu pelan yang
munasabah.
• Bahagian ini akan menjadi bahagian
terbesar dokumen pelan kerjaya artis.
• Ia akan menjelaskan taktik dan tindakan yang
perlu untuk menyokong strategi bagi mencapai matlamat.
• Untuk pengurus, maklumat ini akan terus
menjadi rujukan pengurusan kerjaya artis seharian.
• Untuk artis, ia adalah panduan berterusan
untuk menjelaskan tanggungjawabnya untuk mencapai kejayaan.
• Bahagian ini juga mungkin akan menjadi
bahagian yang memerlukan semakan dari masa ke semasa.
o
Perubahan
berterusan boleh dilakukan secara bulanan atau mingguan mengikut realiti
perubahan terkini.
6. Rangka Kerja Perniagaan
Bentuk Perniagaan :
• Perbincangan antara pengurus perniagaan,
akauntan, dan peguam akan mencadangkan rangka perniagaan yang paling sesuai
untuk artis.
• Rangka kerja perniagaan perlu dilihat jauh
ke hadapan untuk mencapai matlamat.
• Bentuk perniagaan yang dicadangkan mungkin
serupa seperti dalam bentuk peniaga tunggal, syarikat persendirian, perkongsian
individu, atau syarikat liabiliti terhad.
a)
Keperluan Personel
• Pada peringkat awal kerjaya artis, adalah
perlu untuk mendapatkan nasihat terlebih dahulu dari ahli pasukan bagi
melancarkan aktiviti-aktiviti perniagaan yang berkaitan dengan artis.
• Nasihat tersebut bertujuan untuk melicinkan
lagi perancangan dan belanjawan, dengan bidang kepakaran masing-masing menjadi
sebahagian tetap kumpulan sokongan untuk artis.
o Sebagai contoh, seorang jurnalis yang
diperlukan untuk artis, tetapi mereka juga boleh menjadi bahagian yang terus
menyokong pasukan dalam konsert, persembahan, dan perkara-perkara lain.
• Profesion yang diperlukan untuk menjadi
sebahagian daripada satu pasukan pengurusan artis seperti jurnalis, pengurus
media baru, seorang peguam, jurubank, akauntan, webmaster, ejen insurans,
pengurus pernigaan, pengurus pelancongan, ejen, perunding imej, pereka
pertunjukan, jurusolek, kumpulan band atau latar, dll.
• Setiap profesion yang dicadangkan harus
dibuat perancangan kos yang berkaitan dengan perkhidmatan mereka kepada artis.
b) Isurans
• Pelan ini harus merangkumi pengambilan
insurans yang diperlukan berdasarkan pengalaman pengurusan dan nasihat daripada
ejen insurans yang berkhidmat dalam pasukan.
• Beberapa perlindungan insurans yang tidak
akan diperlukan pada permulaan kerjaya, tetapi harus dimasukkan ke dalam
rancangan itu dengan tarikh jangkaan dan di mana ia akan diperlukan disertakan
dengan anggaran kos.
c) Lain-lain
• Pengurus juga boleh mencadangkan untuk
memasukkan maklumat tentang keahlian dalam persatuan dan juga organisasi profesional,
langganan majalah dan web, dan juga lain-lain berkaitan.
7.Perancangan Kewangan
Bajet Personel
• Perlu memasukkan juga maklumat bajet kewangan
peribadi artis kerana ialah adalah keperluan artis dari bajet sedia ada.
• Bajet ini menjadi bajet tahunan yang
dibahagikan kepada setiap bulan, dan ia adalah penting kerana menjadi rutin
hidup biasa seseorang artis.
• Bajet merangkumi semua aspek dalam apa jua
bentuk dan proses untuk menetapkan keutamaan.
• Artis dan pengurus mesti memutuskan penggunaan
bajet paling penting untuk memenuhi objektif kerjaya artis.
• Bagaimana menggunakan sumber-sumber yang
diperolehi untuk memenuhi matlamat pelan ini?
• Maklumat penting: masa, jumlah pendapatan,
dan jumlah perbelanjaan.
• Bajet biasanya untuk tempoh masa tiga
tahun.
• Tahun pertama: biasanya akan mengikut
anggaran yang ditetapkan, harus menunjukkan pendapatan dan perbelanjaan
mengikut bulan supaya pengurus boleh mengesan sumber-sumber yang sedia ada
untuk pembayaran tertentu dan mungkin menangguhkan beberapa perbelanjaan
apabila pendapatan tidak seiring dengan masa pendapatan.
• Apabila anggaran belanjawan bulanan adalah
lengkap, ini akan menjadi input untuk bajet tahunan akan datang.
• Tahun kedua dan ketiga harus dipecahkan
mengikut suku tahun untuk menunjukkan masa pendapatan dan perbelanjaan.
• Tahun ketiga akan mempunyai perubahan
anggaran pendapatan dan perbelanjaan.
• Sebahagian kos biasanya melibatkan
perbelanjaan utama termasuklah bajet peribadi untuk artis, perbelanjaan
perjalanan, kos kakitangan, kos rakaman, dan semua kos yang berkaitan dengan
pelan kerjaya ini.
8. Strategi Keluar
a)
Strategi Keluar
• Strategi keluar adalah pelan yang akan
digunakan pengurusan apabila hubungan perniagaan dengan artis sampai ke
penghujungnya kerana tidak ada lagi kepentingan perniagaan.
• Ini tidak bermakna berakhirnya hubungan
peribadi, tetapi pengurus mendapati bahawa perniagaan artis sudah tidak mendatangkan
keuntungan lagi.
• Strategi keluar tidak mempunyai jangka
masa dan tarikh tertentu untuk pengurus melaksanakannya.
• Keadaan sesuatu situasi yang menentukan
strategi keluar akan dilaksanakan.
b) Artis dalam
kerjaya yang telah matang
• Pelan kerjaya artis mesti mengandaikan
perbezaan antara kerjaya terulung artis dan kerjaya yang telah matang.
• Kerjaya terulung artis termasuklah
aktiviti membina kumpulan peminat, jelajah konsert, dan mengeluarkan rakaman
baru secara tetap.
• Jika pelan artis dan pengurus menunjukkan
kerjaya hampir ke tahap penurunan, proses membangunkan perancangan semasa
kerjaya matang akan membantu persediaan seseorang artis itu nanti.
• Dalam hal ini, artis dan pengurus perlu
mengumpul semua aset dalam kerjaya terutamanya untuk kegunaan pada masa akan
datang.
• Sebagai contoh, pengurus perlu membina
arkib audio dan video persembahan dan rakaman, bermula dengan demo terawal.
• Barang-barang ini perlu dilindungi dari
kerosakan dan disimpan di tempat yang selamat.
• Barang-barang tersebut akan sangat berguna
kepada artis bergantung pada tempoh semasa kejayaan untuk menjana keuntungan di
kemudian hari.
c) Perancangan oleh pengurus untuk menamatkan
hubungan
• Apabila perniagaan antara artis dan pengurus
berakhir, pengurus mesti melihat ini secara serius untuk faedah bersama.
• Situasi berlaku apabila:
·
Masa
yang dilaburkan bagi pihak artis yang tidak produktif,
·
Untuk
mengurangkan kerugian yang ditanggung dan cuba untuk menjaga kerjaya masing-masing.
·
Kemungkinan
bahawa artis akan memilih untuk beralih kepada pengurus lain.
• Pengurus perlu mempertimbangkan apakah
kriteria yang akan digunakan untuk membuat keputusan tersebut. Ia adalah lebih
sukar kerana ia adalah lebih bersifat peribadi.
• Dalam dunia hiburan, biasanya pengurus
artis digantikan selepas tiga atau empat tahun bukan kerana mereka tidak mampu,
tetapi kerana persaingan diri dalam perniagaan muzik.
- • Bertujuan boleh membantu kerjaya mereka sendiri dan mempunyai strategi lain yang berbeza.